Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TAYANGKAN SEMUA VIDEO, HABISLAH NJIB, BERSINARLAH MUHIDEN !!!!

Muhyiddin mahu polis siar rakaman video perhimpunan 9 Julai

July 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan 9 Julai di ibu negara bagi menangkis tohmahan pengkritik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata polis perlu bertindak pantas kerana media alternatif dan penulis blog pro pembangkang memainkan isu itu untuk memburukkan kerajaan.

“Kita berharap polis dapat bertindak pantas untuk menangkisserangan pembangkang memburukkan pasukan itu dan kerajaan menerusi internet dan Youtube.

“Kalau betul ada bukti rakaman video, siarkan segera supaya rakyat faham perkara sebenar apa isu yang berlaku dan bagi mengelak rakyat keliru,” katanya Berita Harian Online.

Terdahulu Muhyiddin (gambar) meluangkan masa kira-kira sejam melawat Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot di sini dan beramah mesra dengan peniaga sempena tinjauan mesra itu, pagi tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dipetik Bernama Online berkata tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Bersih 2.0 kerana ia adalah satu pertubuhan haram.

Beliau berkata buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

“Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

“Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning... tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning... cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih,” katanya di Nilai, Negeri Sembilan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.
“Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.