Terkini Bersih 2.0(Reload Untuk Maklumat Terkini)
10:05 AM: 4 orang lagi ditahan di Wisma Maju Junction kerana T-Shirt yang dijumpai didalam kereta. Sila hindarkan diri dari bertembung dengan pihak Polis.10:01 AM: Hampir 100 anggota polis berkawal di hadapan Masjid Kampung Baru. Turut ditempatkan adalah 6 trak polis di beberapa jalan ke Kg Baru.
9:42 AM: Sekatan jalan dari Jalan Templer ke Jalan Klang Lama. Trafik sangat sesak.
9:37 AM: Peserta Bersih dinasihatkan jangan berada di 'hot spot' terlalu awal untuk mengelakkan tangkapan awal.
9:36 AM : Sila berhati-hati kelihatan Polis sudah mula berpakaian seperti orang awam.
9:35 AM: Kawasan sekitar Sogo masih ditutup oleh Polis.
9:20 AM: 8 orang telah ditangkap termasuk 2 orang AMK(Johor)mereka ditangkap di sekitar kawasan Masjid Jamek.
9:16 AM: Polis mula bertindak memeriksa My Kad sesiapa yang berada di KTM & LRT. Bagi peserta Bersih yang menggunakan perkhidmatan awam sila berhati-hati
9:13 AM: Dataran Merdeka telah dikunci. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk. Larangan masuk juga dikenakan kepada wartawan.
9:02 AM: Trak FRU sudah kelihatan di stadium Merdeka.
8:59 AM: Helikopter Polis kelihatan berlegar di kawasan Stadium Merdeka setiap 15 minit.
8:51 AM: Polis mula blok jalan-jalan utama ke Stadium Merdeka.
8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju ke Masjid Negara.
8:34 AM: STESEN KTMB KUALA LUMPUR LAMA SUDAH RAMAI PEJUANG RAKYAT BERHIMPUN. DIKHABARKAN RESTORAN MAMAK HAMEED PENUH SESAK UNTUK MENJAMU SELERA.
8:32 AM: KTM KOMUTER BEROPERASI SEPERTI BIASA! TURUN DI STESEN TERDEKAT DENGAN LOKASI HIMPUNAN DI STADIUM MERDEKA (KL SENTRAL ATAU KUALA LUMPUR LAMA). BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL.
0 orang berkata:
Post a Comment