Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTIKLAH YANG ADA ILMU

Jul 22, 2011

Susahnya Tegur Imam Yang Salah Baca Al-Fatihah

Assalamualaikum Wbr.



Errmmm...tak tahulah Panglima nak cakap, bila Panglima terpaksa menegur imam yang salah baca Al-Fatihah dalam solat baru-baru ini.  Almaklumlah imam tersebut dah status pencen.
 
 Tiada siapa pun berani menegur imam tersebut walaupun panglima dah suarakan kepada Imam 2 surau tersebut yang lebih baik dan bagus bacaannya daripada yang lain-lain.  Panglima menegur bukannya apa...bagi menyelamatkan imam tersebut dari berdosa dan menyelamatkan solat makmum yang solat dibelakangnya.  Dan imam tersebut wajib ditegur, jika tak ditegur.....makmum termasuk panglima akan berdosa.

Hanya Imam 2 itu sahaja yang paling layak menegurnya memandang status umur imam 1 tersebut.  Tapi tidak pula Imam 1 itu ditegur akan bacaan nya itu malah tambah mengecewa lagi bila Imam 2 pula menyongsong-nyongsong Imam 1 agar naik menjadi imam bila tiba masa solat.  
 
Gambar Hiasan Sahaja
Panglima tidaklah baik sangat atau bagus sangat dalam hal-hal tajwid dan mahraj nie...kira boleh laaa, ambil pengalaman dalam berusrah dulu di Bdr Baru Bangi, tapi Panglima tahu jika Al-Fatihah itu dibaca dengan cara sebutan yang salah.

Hati panglima sungguh tak keruan bila solat dibelakangnya bila tiba dia membaca Al-Fatihah. Walaupun surah yang dibaca selepas Al--Fatihah ada yang salah tajwidnya sepatutnya apabila
Nun bertemu huruf Ta, ianya dibaca samar tetapi dibacanya terang...tapi Panglima tak kisah sangat tang itu...kerana membaca surah adalah sunat. Yang penting adalah Al-Fatihah, jadi kenallah betul bacaannya supaya solat itu menjadi sah bukan sahaja kepada imam tetapi juga makmum.  Jika Al-Fatihah rosak maka rosaklah solat seluruh jemaah tersebut.

Panglima pernah beberapa kali naik menjadi imam bagi memangkas imam tersebut dari naik jadi imam...pernah sekali itu.....kelima-lima solat waktu Panglima menjadi imam, tapi sampai bila???.....panglima bukan imam yang dilantik dan bukannya org yang popular di kalangan mereka2 yg ada di surau itu.

Kesalahan pada bacaan Al-Fatihah yang jelas kelihatan pada imam tersebut ialah bila mana.
1.  Ar-Rahmaanir
rohimm. tetapi dibaca Ar-Rahmaanir rohinnn.(siap dengung nun tu lagi) Mim dah hilang.

2.  Iyya ka naqbudu wa iyyaa 
kanastainn tetapi dibaca Iyya ka naqbudu wa iyyaa kanastaimm (Nun pula hilang)

3.  Shirothol lazii naan am ta alaihim
ghairil magdhu bi alaihim tetapi di baca  Shirothol lazii naan am ta alaihim ghairen magdhu bi alaihim. (Lam dah hilang)

3.  Kadangkala Bismillahirrahmani
rohimm di baca Bismillahirrahmanirohinn. (Mim pun hilang juga)

Tidaklah Panglima tahu....makna sebenar  bilamana Al-Fatihah dibaca salah seperti dalam huruf merah seperti di atas.  Jika berubah maknanya...maka sudah tentu solat yang dikerjakan tidak sah.  kena solat balik atau makmum kena mufaraqah. Sesiapa yang tahu makna huruf yg salah itu...sila khabarkan pada Panglima.

Makmum yang lain..tidaklah Panglima tahu..mereka sedar kesalahan imam tersebut atau tidak...atau mereka tidak ambil peduli...asalkan mereka tidak disorong menjadi imam.  Asalkan ada orang yang boleh mengimami mereka...dah cukup baik bagi mereka tanpa mengira samada betul atau salah bacaan imam yang mengimami mereka.
 
 Begitulah sikap makmum surau tersebut.  Panglima tidak pernah buka mulut pada jemaah di surau tersebut mengenai kesalahan Al-Fatihah ini kerana takut mengumpat imam tersebut walaupun ianya betul. Kerana tidak tertanggung.....Akhirnya Panglima menegur imam tersebut bila tiba masa yang dirasakan  sesuai.....malangnya imam tersebut tidak dapat menerima teguran walaupun Panglima menegur dengan sebaik dan sehalus mungkin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.