Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM AYAM LA PULAK !

BN hanya tahu jaga tembolok sendiri bukan rakyat, kata Nik Aziz

July 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Julai — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan polis menahan aktivis Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) “tidak boleh diharap” untuk menjaga kepentingan rakyat. 
Sebaliknya Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan ini menegaskan Umno-BN hanya tahu menjaga “tembolok” sendiri. 

Nik Aziz (gambar) juga menegaskan Umno-BN sudah tidak berupaya untuk menjaga kepentingan Islam dan amalan demokrasi negara. 

“Membaca berita-berita politik tanah air, semakin ramai yang ditangkap kerana Himpunan Bersih 2.0. 

“Hakikatnya pada hari ini Umno nak diharapkan menjaga Islam pun tak boleh, nak jaga demokrasi pun tak mampu, apa lagi yang diharapkan pada Umno? BN? Hanya jaga tembolok sahaja,” kata menerusi akaun Facebook beliau. 

Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata seramai 115 aktivis Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan dengan 30 orang kini berada di bawah jagaan polis. 

Khalid juga menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah pada 9 Julai yang turut melibatkan Pemuda Umno dan Perkasa. 

Beliau juga berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang terlibat dalam perhimpunan itu. 

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara menuntut lapan perkara yang harus dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan transformasi dalam sistem pilihan raya negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.