Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASALAHNYA NEGARA INI BUKAN NEGARA ISLAM


Demonstrasi menurut Islam

Posted on Monday, July 04 @ 09:00:51 PDT by tokdalang
Oleh PENULIS KHAS

RAKYAT Malaysia sekali lagi akan berhimpun dalam satu perhimpunan yang dikenali sebagai Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, ia bertujuan untuk menuntut sistem pilihan raya bersih yang selama ini didalangi pihak tertentu hingga ia berlangsung dalam keadaan tidak adil, malah menguntungkan satu pihak untuk terus berkuasa.

Justeru, persepsi dan sikap seorang Muslim dalam apa jua bidang dan isu yang dihadapi perlu menurut haluan dan tunjuk ajar ayat al-Quran dan hadis. Pendiriannya perlu diselaraskan dengan ajaran asas dan ‘trend’ pemikiran umat Islam, yang terdiri daripada para alim ulama yang faqih, ikhlas, berani dan mempunyai integriti .

Sebab itu perlu merujuk tulisan dan huraian mereka tentang hukum Islam tentang demontrasi secara aman dan tunjuk perasaan pada umumnya; justeru mereka sebagai ilmuan syar’i berfikir mengikut urutan keutamaan atau susunan hujah yang teratur dan berurutan daripada yang maha penting kepada yang penting, kurang penting dan seterusnya

Apabila hukum sesuatu isu itu jelas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis dalam susunan yang betul maka setiap dalil yang lebih rendah martabatnya daripada al Quran dan hadis ia menjadi tidak ‘valid’ atau tidak berupaya menolak dalil yang lebih tinggi martabatnya dalam susunan logika agama. Lebih-lebih lagi jika alasan yang dianggap sebagai hujah tersebut boleh ditolak dan ditangkis dengan logika kontra.

Dasar politik dan syura dalam Islam – umpamanya – menegaskan tentang wajibnya pelaksanaan hukum syari’at, wajibnya menobatkan keadilan, membanteras kejahatan, kezaliman, rasuah, penipuan, kemurtadan, penjajahan. Oleh itu setiap Muslim mesti menyalaraskan diri dengan tuntutan utama tersebut.

Amar makruf dan nahi munkar adalah suatu kewajipan agama. Pelaksanaannya dalam konteks kehidupan hari ini mestilah berdasarkan kefahaman tentang tuntutan agama yang menyeluruh dan lengkap.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemerintahan Islam yang sebenarnya. Apa kepincangan, kebobrokan kezaliman, rasuah, penipuan yang sedang berlaku hari ini. Apakah bentuk-bentuk perjuangan yang terbuka dan tindakan yang boleh digarap. Apa urutan keutamaan dan yang lebih penting dan mendesak untuk ditangani dan sebagainya.

Dalam urutan berfikir seperti yang tertera dalam persoalan di atas terdapat kesalahan yang jelas dan sifat berfikir secara rancu atau semberono.

Hujah pertama adalah hujah akal dengan menyamakan orang yang demontrasi secara aman sebagai Bughah atau pemberontak yang sempat membunuh Khalifah ketiga Islam iaitu Sayidina Othman Affan pada suatu masa dahulu. Mendahulukan hujah ini membayangkan kesilapan qias atau tasybih. Pertama orang yang berdemo secara aman untuk menuntut keadilan dan kebersihan pilihan raya tidak keluar untuk membunuh mana-mana menteri atau malah polis.

Hujah kedua mengandungi kekaburan persepsi tentang pemerintahan Islam dan penyamaan orang yang berdemontrasi secara aman dengan pemberontakan kaum khawarij yang keluar dengan pedang dan senjata untuk menggulingkan Sayidina Othman 14 kurun yang silam.

Pemerintahan Islam mempunyai ciri asas yang terpeinci seperti yang telah dihuraikan oleh para alim ulama. Sudah pasti sebuah pemerintahan Islam yang sebenar tidak akan merangkum atau membenarkan berbagai-bagai jenis kezaliman, salah urus, penderhakaan terhadap syariat, penipuan dan rasuah yang buruk seperti sekarang.

Hujah ketiga seolah-olah mahu mendangkalkan kefahaman orang ramai tentang keta’atan kepada pemerintah. Dalam ajaran Islam terdapat prinsip ketaaatan kepada Ulil Amri atau pemerintah Islam dengan ciri-ciri yang telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab khusus yang membicarakan tentang pemerintahan Islam yang sebenar.

Dalam Islam juga terdapat konsep : “Tiada ketaatan kepada mahkluk dalam perkara yang bercanggah dengan arahan Khaliq (Allah)” . Dalam konteks demontrasi para pemimpin Bersih berhujah dan bersandarkan kepada asas dalil dan persepsi yang betul tentang syariat justeru yang ikut bersetuju dan menyertai demontrasi itu adalah tokoh-tokoh ulama, cendekiawan Islam, kaum bijak pandai dan berbagai lapisan kepimpinan NGO ternama yang muslim dan bukan muslim.

Ayat 59 Surah an Nisa’ yang diselitkan dalam hujah ketiga diletakkan kepada posisi berhujah yang mahu memperkukuh persepsi akal dalam premis yang pertama dan kedua. Kesimpulan ‘aqli melulu mahu ditopang dengan ayat al-Quran. Padahal ayatlah yang perlu diutamakan dalam berhujjah. Ayat yang seharusnya diutamakan ialah ayat dan hadis yang berkaitan dengan amar makruf dan nahi ‘anil munkar. Ayat al-Quran mesti didahulukan dalam membentuk tasauwur kulli dan asas dalam menanggapi sesuatu isu.

Hujah keempat ialah suatu kesimpulan akli yang berkaitan dengan urutan keutamaan yang dianggap lebih betul oleh orang berkenaan. Hujjah ini sudah ditangkis oleh tokoh-tokoh yang berdemontrasi bahawa mereka sudah banyak kali menyuarakan tuntutan supaya kerajaan mereformasikan sistem pilihan raya yang ‘undemocratic’ tersebut, membersihkan daftar pengundi, menghapuskan undi pos kecuali dalam kadar yang sangat mendesak dan berbagai-bagai lagi ketidak adilan yang sudah dilakukan namun hingga kini tiada sahutan yang sebenarnya daripada pihak yang bertanggongjawab.

Respons yang dijanjikan hanyalah sekadar penggunaan peti undi yang lutsinar dan penggunaan dakwat hitam sebagai penanda. Sebenarnya melindungi kemerdekaan rakyat, kebebasan dan kedaulatan umat untuk menentukan corak dan bentuk kepimpinan negara adalah suatu kewajiban asas rakyat dan umat Islam khasnya. Perkara ini kini boleh direalisasi pada peringkat utamanya dengan mengadakan demontrasi besar-besaran; mendesak kerajaan agar mematuhi tuntutan rakyat tersebut.

Hujah kelima adalah alasan sampingan yang bertaraf tambahan. Hujah ini tidak menyatakan hukum mengadakan berbagai jenis pesta maksiat, pesta sukan dan hiburan yang dianjurkan oleh kerajaan yang mengandungi percampur-bauran remaja lelaki dan perempuan, adegan maksiat dan sebagainya.

Kalaupun mahu diraikan hujah ini namun ia boleh dijawab dengan alasan bahawa yang hadir demontrasi pada asasnya bukanlah golongan remaja walaupun mereka juga hadir bersama, yang ramai hadir adalah golongan dewasa yang sudah berumur, beranak dan bercucu yang datang bukan untuk mencari hiburan tetapi memperjuangkan hak rakyat, kebebasan dan demokrasi yang sebenar . Mereka adalah golongan yang celik agama, celik ilmu dan celik politik. Mereka tahu batasan halal haram.

Oleh itu percampuran yang dilingkari dengan kesedaran mengenai tanggungjawab dengan menghadapi risiko yang tinggi dari segi keselamatan; iaitu risiko dianiaya oleh pasukan keselamatan adalah dimaafkan demi melaksanakan kewajiban yang lebih utama dan ‘vible’. Tidakkah tawaf, wukuf di Arafah dan malah solat juga mengandungi unsur percampuran lelaki dan perempuan namun ia dibenarkan justeru dilingkari dengan tatacara khusus dan ditopang oleh konsep ‘Umum al Balwa” disamping semangat kesedaran agama yang tinggi.

Hujah keenam berdemo menjejaskan peniaga dan mengganggu perjalanan orang ramai. Hujah akal ini boleh dijawab dengan hujah akal kontra. Pertama tidak terbukti bahawa kalangan orang berdemontrasi pergi menggarung, merompak dan merampas barang jualan peniaga. Malah merekalah yang memakmurkan warung, dan membeli-belah barangan yang dijual oleh penjaja dan kedai-kedai yang ada di lokasi laluan orang yang berdemontrasi tersebut.

Unit amal yang ikut bersama mengatur perjalanan demontrasi telah memastikan keselamatan, kebersihan dan ketertiban peserta demonstrasi tersebut. Mereka tidak menutupi seluruh laluan, tetapi mengambil sebahagiannya untuk memberi laluan kepada kenderaan. Kecuali di persekitaran istana di mana jalan rayanya yang terpaksa ditutup kerana bilangan orang ramai yang berjumlah ribuan. Itupun dalam masa satu atau dua jam sahaja.

Yang mengadakan sekatan jalanraya, menyempitkan lebuh raya yang lapang dari tiga laluan menjadi satu sejak pagi hingga petang dan di seluruh persimpangan penting dengan menimbulkan kesesakan yang tidak perlu dan membazirkan minyak petrol kereta orang ramai kerana ketakutan yang dibuat-buat, menyembur asid dan menembak gas pemedih mata kepada orang ramai yang ingin keluar daripada Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Zuhur pada perhimpunan Bersih pertama 2007 bukan tindakan orang yang berdemonstrasi tetapi ialah oleh pihak keselamatan yang terlalu mengikut arahan bermuslihat pasti BN atau Umno.

Sudah sampai masanya agar dibuat ketentuan berkanun bahawa sekatan jalan raya hanya boleh diadakan atas alasan keselamatan negara yang mendesak dan munasabah. Sekatan jalan raya tidak boleh diadakan secara sebarangan dan sewenang-wenang; khasnya bila terdapat ceramah atau perhimpunan golongan parti pembangkang. 
 
Parti pembangkang dan penyokong mereka adalah rakyat Malaysia yang sah dan mempunyai hak yang sama dengan para pengikut parti yang memerintah. Gerakan politik demokrasi mereka bukan suatu ancaman kepada negara untuk diadakan sekatan yang menyusahkan orang ramai. Rakyat mesti menuntut sikap berkecuali, sifat integriti dan adil daripada pihak kesalamatan atau pihak polis.

Mereka atau pihak polis pula wajib memberikan permit untuk berdemontrasi secara aman kepada semua parti yang sah sebagai bukti wujudnya amalan demokrasi yang sihat di negara ini dan tidak hanya memberikan permit dan perlindungan kepada demontrasi anjuran pemuda umno atau BN sahaja di Dataran Merdeka dan lain-lain. Kemerdekaan dan Dataran Merdeka adalah milik semua rakyat yang merdeka.

Hujah ketujuh menekankan tentang kemusnahan harta awam dan negara menjadi huru-hara dengan demontrasi aman. Ini pun alasan yang salah justeru demontrasi aman yang telah menjadi pendekatan kumpulan Bersih yang dianggotai oleh berpuluh NGO masyarakat madani adalah perhimpunan yang berjalan secara aman dan bersih.

Malah tidak bercadang pun untuk menimbulkan kaadaan huru-hara dalam negara. Apa yang akan menjadi sebab huru-hara ialah ketidakadilan, kezaliman, kekerasan terhadap rakyat, penipuan dan rasuah yang dibiarkan membiak secara berleluasa; hal mana akan berakhir dengan kehilangan dan kemusnahan harta, keamanan dan keselamatan negara umumnya.

Hujah kelapan bahawa niat untuk berdemo pun salah kerana menentang pemerintah Islam. Hujah ini meleset kerana yang ditentang bukan pemerintah Islam tetapi adalah kezaliman, korupsi, ketidakadilan, kemungkaran dan amalan salahguna kuasa yang wajib ditentang menurut ajaran Islam.

Hujah yang bertolak dari pemikiran serkap jarang dan rambang tidak boleh berdiri dan tegak dari sudut pemikiran akal waras dan syara’. Apakah nas dan hadis yang mengharamkan penentangan terhadap perkara mungkar tersebut untuk dibuat kesimpulan bahawa demontrasi aman - yang menjadi salah satu cara menyatakan perasaan dan sikap tidak setuju rakyat kepada semua kejahatan tersebut - sebagai haram; meskipun sekadar niat untuk berdemonstrasi?

Hujah kesembilan tentang demonstrasi bukan cara berhikmah untuk berdakwah dan berpolitik. Ini hujah akal yang juga tidak kukuh. Oleh kerana segala pengaduan dan memorandum yang mendedahkan bukti kejahatan berkenaan telah diajukan oleh berbagai pihak tapi malangnya tidak mendapat respon yang sewajarnya daripada pihak pemerintah maka sudah tentulah demontrasi aman dengan penampilan aduan serta memorandum khusus kepada Yang di-Pertuan Agong suatu yang amat berkesan dan berhikmah; sebagai suatu cara dari berbagai cara bertindak dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Majlis Raja-Raja berhak dan berkuasa untuk memastikan pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini berjalan menurut lunas keadilan dan demokrasi yang murni dan sehat.

Sementelahan pula hak untuk berhimpun secara aman untuk menyatakan hasrat dan sikap adalah suatu hak yang diperakukan oleh perlembagaan. Oleh itu demonstrasi aman adalah salah satu cara bertindak yang bijak dari sudut dakwah dan politik. Sikap berat sebelah pihak polis dan ganas yang ditunjukkan oleh pemimpin politik yang memperalat dan menghakis integriti polis dapat didedahkan kepada umum.

Dengan demikian rakyat akan tahu dan melihat betapa tidak adil dan zalimnya pemerintah yang mereka agungkan selama ini. Ini menolong mereka sedar dan mengubah pendirian serta mendorong mereka memulihkan semula kemerdekaan umat dan kedaulatan negara http://warta-utara.blogspot.com/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.