Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mat Sabu: PAS akan menghadap Agong bincang isu Himpunan Bersih

July 04, 2011
KUALA TERENGGANU, 4 Julai – Pucuk pimpinan tertinggi PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat dipercayai untuk membincangkan isu berkaitan Himpunan Bersih 9 Julai ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, parti itu telah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya pada Isnin atau esok.

Beliau berkata PAS akan diketuai Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penolong Setiausaha Agung Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bersama beberapa lagi pimpinan tertinggi serta beliau sendiri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan.

“Inilah raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,” katanya ketika berucap pada majlis “PAS Ganti Umno” di kawasan Ladang Ahad malam.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata, PAS menyambut baik titah khas Seri Paduka yang dikeluarkan Istana Negara semalam, menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan setiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul – dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.
Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.