Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENJELANG 9 JULY, PKR PULAK TUH

Azmin Dan 2 Lagi ADUN PKR Di Panggil Polis Untuk Soal Siasat

Azmin ketika di soal siasat oleh polis
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan dua lagi pimpinan Pakatan Rakyat, disoal siasat polis berhubung Perhimpunan Bersih yang dijadual 9 Julai ini. Selain Azmin, Adun Sekinchan, Ng Swee Lim dan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei turut dipanggil memberi keterangan kerana didakwa mempromosikan perhimpunan aman itu. Azmin didatangi anggota polis dari ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di ibu pejabat KEADILAN pada jam 2 petang tadi.

Beliau yang ditemani peguam, N Surendran disoalsiasat selama 30 minit berhubung kandungan ceramah di Desa Mentari pada 25 Jun lalu. Sementara Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor pula dipanggil untuk disiasat kali kedua di Balai Polis Klang, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ia berhubung kandungan ceramah di Dewan MPK Taman Klang Jaya, 26 Jun lepas. Menurut Shuhaimi, beliau kesal kerana polis lebih berminat menyiasat isu ‘Bersih’ berbanding video lucah yang lebih memudaratkan masyarakat dan jelas satu perbuatan jenayah.

“Agaknya polis hari ini memilih kes tertentu sahaja untuk di siasat dan seakan patuh pada arahan UMNO BN, bukan pada aduan yang dibuat,” katanya pada satu kenyataan media.

“Peliknya, kenapa aduan saya dan rakan Angkatan Muda Kota Raja kepada akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat pada Januari 2011 kerana menghasut tidak disiasat,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tiada tindakan yang diambil terhadap laporan dan aduan beliau bersama lima Ketua Kampung berhubung pengedaran VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung isu Bersih yang berat sebelah pula menyemarakkan lagi kebencian rakyat pada pasukan keselamatan, katanya./KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.