Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Oooooh !!! Sasterawan Negara Bersimpati Dengan Bersih !



4 Sasterawan Negara seru semua tahanan Bersih dibebaskan!

Posted on Tuesday, July 05 @ 01:28:35 PDT by paktam

Kami, Sasterawan Negara Malaysia,  berasa amat terpanggil untuk memberi kenyataan media setelah menyaksikan keadaan mutakhir di Malaysia. Sebuah negara maju seperti Malaysia yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Kami menggesa semua pihak membuka pintu perbincangan supaya pendapat dapat disampaikan dan hak menyampaikannya terus terjaga.

Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan.

Sementara itu kami mendapat maklumat bahawa SN Dato' (Dr) A Samad Said dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk memberi keterangan berhubung puisinya "Unggun-Bersih".

Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi. Pada pandangan kami   A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini. 

Sebagai sebuah karya sastera, "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan  politik. Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang. 

Kami berharap ahli masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya, kerana ucapan setiap warga negara dan karya sastera dan seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang,  serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.
--------
Kenyataan ini dikeluarkan oleh SN Dato’ Shahnon Ahmad, SN Muhammad Haji Salleh, SN Dato’ Noordin Hassan dan SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan pada 4 Julai 2011

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.