Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Suami kejam ?

Suami serang isteri guna alat renjatan elektrik di tengah jalan

July 20, 2011
KUANTAN, 20 Julai — Seorang wanita mendakwa mengalami gangguan emosi setelah diserang suaminya dengan alat renjatan elektrik semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Air Putih di sini berkata dia diserang ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah ibadat kira-kira pukul 7 malam.

Dia berkata keretanya telah dipintas oleh suaminya sebelum dia dipaksa keluar dan diserang dengan senjata berkenaan.

“Selepas terkena renjatan elektrik, saya berlari sekuat hati dan meminta tolong sebelum dia (suaminya) melarikan diri,” katanya dipetik Bernama Online.

Si yang kini tinggal bersama ibu bapanya mendakwa insiden tersebut merupakan kejadian terbaru yang dialaminya sejak mula didera tahun lalu.

Dia yang mempunyai dua orang anak berkata suaminya merupakan seorang Ah Long.Dia sebelum ini telah membuat 15 laporan polis dan turut mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga daripada mahkamah tahun lepas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.