Bersih 2.0 : Jumlah Tangkapan Meningkat, Ratusan Ditahan
KUALA LUMPUR 9 JULAI :Tinjauan yang dilakukan Tv Selangor di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan jalan-jalan utama yang lazimnya sesak, kini lengang ekoran sekatan yang dilakukan oleh polis untuk menghalang berlangsungnya himpunan Bersih 2.0.
Seawal jam 7.00 pagi, beberapa jalan utama telah ditutup dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkumpul di beberapa kawasan yang menjadi laluan para demonstran.
Sebahagian besar polis kini ditempatkan di sekitar pusat membeli belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
Siaran Langsung :
Bersih 2.0: Polis pergiat tangkapan, 236 ditangkap hingga 11 pagi
Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka.
The Malaysian Insider mendapati di pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.
0 orang berkata:
Post a Comment