Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WARGA NEGARA MALAYSIA DILUAR NEGARA IKUT BERSIH

Rakyat Malaysia di luar negara dilaporkan turut memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, semalam.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia, menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan sepanduk dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.

Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di Universiti Canterbury.

[Gambar - Rakyat Malaysia di Los Angeles turut bersama Himpunan Aman BERSIH 2.0]
Di Singapura pula, rakyat Malaysia berhimpun di Sudut Pidato di Hong Lim Park.

Sekitar 120 penyokong Bersih 2.0 mula berkumpul sejak 2 petang semalam dan mengedarkan bunga ros kuning kepada orang ramai. Mereka tidak membuat sebarang ucapan.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hongkong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Canada dan Amerika Syarikat. -- Agensi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.