Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Menteri: Kompaun Tajuddin ditangguh



8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli boleh dikompaun atas satu kesalahan.

Mohamed Nazri berkata, Tajuddin boleh dikompaun atas kesalahan mengikut Seksyen 131 Akta Syarikat 1965 itu dan Jabatan Peguam Negara telah mengemukakan kes tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan berkenaan.

Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Nazri berkata Tajuddin bagaimanapun telah membuat permohonan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan kompaun berkenaan.

"Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara telah membenarkan permohonan tersebut dan kompaun yang berkenaan masih ditangguhkan sehingga tuntutan sivil yang berkaitan selesai," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Jawapan berkenaan tidak menyatakan secara khusus kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh Tajuddin.

Lim Kit Siang bertanya sekiranya peguam negara telah mengecualikan Tajuddin daripada liabiliti jenayah sedangkan MAS telah membuat laporan kepada polis dan juga SPRM.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.