Kelantan bakal maju jika Malaysia di bawah Pakatan Rakyat |
Posted on Sunday, October 30 @ 21:00:00 PDT by Paktam
Oleh DATO’ HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS
SUSUNAN atur hasil Petroleum yang lebih terdekat, jika kita melihat model Indonesia di mana setiap wilayah diberi 70 peratus hasil buminya. Dan terkini Bengkalis dalam tiga tahun kebelakangan ini dapat bahagian petroleum sebanyak 70 peratus dan Bengkalis berjaya merealisasikan impian rakyat tempatan yang terpendam selama ini.
Bukan sahaja kemudahan infrastruktur dipenuhi, tetapi juga meningkatkan sosio ekonomi bagi rakyat yang miskin dan marhaen, dengan kemudahan lot perniagaan seperti baazar dan memulihkan semula perniagaan berasaskan hasil bumi tempatan seperti ikan terubuk dapat dijana semula dan dapat beri kemudahan yang sebaiknya kepada rakyat di Indonesia.
Tetapi di Malaysia masih lagi wujud pemerasan di mana secara tidak logik hasil negeri dikaut oleh kerajaan persekutan dan dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan persekutuan dan dibelanjakan bukan untuk kemudahan rakyat, sebaliknya pemimpin di peringkat persekutuan berbelanja bermewah-mewahan sampai peringkat membazir.
Sehubungan dengan itu mungkin kita perlu mengambil model yang seimbang di mana hasil royalti tidak akan dipertikaikan lagi dan pembahagiannya ditambah 20 peratus kepada Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu berbanding sebelum ini di bawah BN hanya 5 peratus itu pun dinafikan hak Kelantan untuk mendapatnya.
Kebetulan Kelantan Terengganu, Sabah dan Sarawak sebahagian rakyatnya masih berada dalam paras kemiskinan walaupun Kelantan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan sejak 10 tahun lalu, namun di Sabah masih lagi besar jumlah miskin tegarnya.
Begitu juga di Sarawak dan Terengganu di mana dua negeri ini antara yang tinggi kemiskinannya.
Keberkesanan penggunaan wang royalti di kerajaan pusat dan Negeri yang dikuasai BN sangatlah tidak berkesan.
Namun bagi Sabah dan Sarawak secara geografinya negeri ini besar dan sejarah ketinggalan dari sudut pembangunan dan dipinggirkan lebih 50 tahun lamanya justeru jika Pakatan Rakyat mahu memulihkannya semula untuk menyeimbangkan ekonominya dengan negeri-negeri di Semenanjung, Pakatan Rakyat harus menimbang suatu jumlah peratusan royalti yang lebih besar daripada 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga. Hal ini harus dijadikan agenda utama Pakatan Rakyat.
Khusus bagi Kelantan pula, Pakatan Rakyat harus membuat perakuan dalam manifesto pilihan rayanya nanti suatu perakuan untuk membayar royati kepada kerajaan negeri Kelantan sertamerta selepas Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya.
Ini harus dijelaskan sekarang ini bahawa Pakatan Rakyat akan segera memulangkan terus royalti rakyat Kelantan secara serta-merta setelah dirampas BN sebelum ini.
Dalam kes kita di Kelantan, kita ada beberapa NGO yang membantu seperti GEGAR, kita telah pun berbincang dengan GEGAR, kerajaan negeri telah merangka kasar bagaimana kaedah penggunaan wang tersebut (royalti) jika dibayar suatu hari nanti, di mana kita juga membuka idea dan pandangan untuk rakyat memberikan input bagaimana pelaksanaannya nanti.
Di antaranya dibahagikan kepada tiga bahagian, pertamanya kemudahana infrastruktur yang akan dibagunkan dengan segala macamnya, termasuk masjid dan lain-lain.
Kedua untuk kebajikan langsung terus kepada rakyat memerlukan di mana soal bayaran khidmat perubatan kronik yang membebankan, perbelanjaan pelajaran di mana daripada Tadika membawa kepada Universiti semuanya akan ditanggung oleh kerajaan Negeri melalui wang royalti ini.
Selain itu ianya untuk peruntukan perbelanjaan rakyat termiskin, peruntukan perumahan rakyat termiskin untuk keselesaan rakyat seluruh Kelantan dan peningkatan elaun guru Quran, Imam-imam masjid dan surau, dan bilal serta kakitangan yang terlibat dalam memberikan bimbingan moral dan rohani rakyat negeri Kelantan.
Selain itu kemudahan untuk pra sekolah dan penubuhan Sekolah Islam, bantuan sekolah aliran Cina dan tamil di Kelantan dan peruntukan untuk membantu orang asli, bantuan tanggungan bulanan rakyat miskin dan kurang upaya (OKU) yang hingga selesa dan mencukupi, dan hingga kepada penyediaan keperluan hidup rakyat Kelantan supaya kos hidup lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.
Ketiga kerajaan negeri juga harus menabung untuk masa depan memandangkan dengan keadaan sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan, justeru penabungan harus dijalankan, jadi perlu ada penabungan masa hadapan dibahagikan kepada menyimpan dalam bentuk emas dan perak.
Dalam bulan Oktober kelantan mengadakan Sidang belanjawan di Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu dijadualkan pada 16 Oktober ini. Dalam sidang itu dibentangkan pindaan Acara Kewangan 1957, untuk membolehkan kerajaan negeri melabur dalam logam bernilai seperti emas dan perak.Jika diluluskan, Kelantan negeri pertama yang meluluskan secara enakmen pelaburan secara logam dan emas.
Singapura sebelum ini telah memasukkan hal ini dalam akta acara kewangannya pada tahun 1965 lagi, tetapi Malaysia agak terkebelakang dalam konteks ini.Justeru dalam konteks ini selari dengan dasar kerajaan negeri yang memperkenalkan mata wang emas dan dinar walaupun belum boleh berfungsi lagi.
Ia juga selari dengan trend dunia di mana simpanan berasaskan harga emas meningkat tinggi, mereka simpan emas dapat keuntungan berlipat kali ganda. Tiga negara di dunia ini telah menyusun semula simpanan antarabangsanya iaitu China, India dan Korea Selatan, di mana China menyimpan 10 peratus simpanan antarabangsanya dalam emas sementara India dan Korea pula kini sedang giat membeli jongkong emas untuk ‘reserve antarabangsanya’.
Mereka mendapat keuntunag seperti kita baca dalam laporan ekonomi di mana harga emas antarabangsa kini USD1600 bagi satu auns, dan akan menjadi USD2000 satu auns hujung tahun ini. Mereka yang ada emas akan menjadikan kekayaan mereka bertambah.
Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk membuat simpanan dalam berbentuk emas, bermakna Kelantan dalam memandang ancaman kejatuhan nilai wang antarabangsa. Jika kita lihat di USA, ada sebuah negeri yang dinamakan Utah State yang mana mereka telah anjurkan persidangan monitori mata wang baharu pada 16 September lalu, di mana pakar daripada seluruh dunia dijemput bentangkan pandangan mereka terhadap penggunaan mata wang lain selain mata wang kertas yang tidak disandar pada mana-mana nilai berharga.
Sudah wujud sebenarnya di peringkat antarabangsa pemikiran untuk mewujudkan mata wang baharu yang disandarkan kepada sesuatu simpanan sama ada emas atau perak.Ini bermakna dunia telah meragui kemampuan mata wang yang disandarkan kepada sekeping kertas Dolar Amerika (USD).USD bagi nilai USD 100 kos untuk mencetaknya hanya 6 sen tetapi diberi nilai USD100.
Jika dahulu nilai ini sangat berkesan memandangkan sebelum ini belum dipersoalkan nilai dolar.
Tetapi sesuai dengan perkembangan hutang ekonomi Amerika Syarikat, tetapi kini nilai hutangnya sudah meningkat dan setiap kali hutangnya meningkat Amerika akan mencetak wang kertasnya, dan dunia merasakan wang ini tidak mampu membayar hutang yang seperti sepatutnya dibayar oleh Amerika kerana ia hanya dilihat jaminan sekeping kertas yang tiada nilainya.
Malah dengan kelembapan ekonomi di beberapa negara Eropah, dan dengan kedudukan kewangan yang sangat kritikal, kita dapat melihat jangkaan ekonomi dunia tahun hadapan akan menghadapi kelembapan kerana tiada enjin ekonomi yang berkesan dan pemain ekonomi dunia utama seperti negara Eropah bermasalah.
Oleh itu Malaysia harus menyimpan reserve antarabangsanya secara tukaran emas di peringkat antarabangsa adalah pilihan terbaik buat masa ini.
Saya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tuan Razak mempertimbangkan tindakan sama seperti Kelantan bukan bermakna semua reserve ditukar kepada emas, tetapi melihat kepada model seperti negara China yang ada reserve dengan emas, USD dan sebagainya, dan jika apa-apa berlaku kita ada kedudukan lebih stabil.
Putrajaya dikawal BN juga buat sama dengan kekayaan kita dikaut tetapi hak kita tidak diberikan. Orang sebegini (Umno-BN) tidak amanah dan tidak layak diberikan kepercayaan atau kuasa oleh rakyat Kelantan.
Saya harapkan rakyat Kelantan tidak akan memberikan kerusinya kepada orang sebegini (Umno-BN) dan memberikan seluruh kerusinya seperti yang saya sebut di Jeli, sangat penting semua kerusi Parlimen di Kelantan kita menangi untuk membolehkan kita membantu mentadbir di peringkat Putrajaya. Mana-mana pemimpin yang kita lihat baik kita tempatkan semula Dato’ Mustapa Mohammad jika dia baiklah untuk kita tempatkan semula.
Belanjawan kita lihat pemberian Permit Import (AP) untuk import kereta diberikan oleh menteri kepada pihak-pihak yang sama setiap tahun menyebabkan seseorang yang sama itu menjadi kaya dan terus kaya setiap tahun dan sebaliknya ekonomi negara tidak berkembang.
0 orang berkata:
Post a Comment