Ramai yang bingai dalam PAS nih rupanya... haha...
Oleh Dinsman
HIDUPKAN budaya menghargai buku dan ilmu - itulah sebenarnya tujuan dan maksud saya apabila menyatakan kekecewaan terhadap beberapa pimpinan PAS yang dijemput menghadiri majlis Bicara Buku di Shah Alam bulan lalu, tetapi tidak seorang pun yang hadir; iaitu kekecewaan dalam konteks usaha untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu.
Maka sengaja saya paparkan respons seorang Ketua Pemuda PAS Kawasan di Lembah Klang itu dengan tujuan untuk melihat maklum balas daripada pembaca kolum ini – apakah memahami maksud dan tujuan saya itu atau tidak. Alhamdulillah, ramai yang memberi respons dan berkongsi pandangan, kebanyakannya memahami maksud itu.
Di sini saya pun tidak bertujuan untuk memperpanjangkan perkara ini lagi. Sekadar menunaikan harapan pihak pembaca yang inginkan penjelasan sahaja.
Hujah pertama beliau: “Dalam PAS kita berjuang bukan kerana TG Nik Aziz atau TG Hadi dan sebagainya. Kita berjuang kerana mahukan keredaan Allah SWT, untuk melaksanakan perintah Allah di muka bumi ini.”
Itu seolah-olah tidak memahami pokok persoalan yang dibangkitkan. Saya mengajak hadir ke suatu majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan rantau ini dan kepemimpinan TG Nik Aziz.
Apakah kalau hadir ke majlis itu bermakna kita berjuang untuk TG Nik Aziz, dan tidak berjuang “kerana mahukan keredaan Allah SWT?”
Itu dua hal yang tidak berhubungan. Langsung tidak kena mengena. Apakah kalau kita berjuang “kerana mahukan keredaan Allah SWT” maka kita tidak perlu dan tidak boleh hadir ke majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan TG Nik Aziz, oleh dua orang tokoh ilmuan akademik itu?
Tentulah kurang bijaksana kalau kita beranggapan bahawa dengan menghadiri majlis itu maka perjuangan kita sudah jadi perjuangan “kerana TG Nik Aziz.”
Hujah keduanya: “Sesungguhnya pimpinan PAS di semua peringkat memang sangat sibuk. Sibuk kerana melaksanakan kerja-kerja Islam. Sebahagian mereka melaksanakan kerja Islam ini sepenuh masa. Kami yakin kesibukan ini sekadar di dunia, dan Allah SWT akan memberi kelapangan di akhirat nanti.
Almarhum Dr Fathi Yakan r.h. berkata: “Tidak layak dikata seorang pejuang Islam kalau sekiranya masa rehatnya lebih banyak daripada masa berjuang.”
Kenyataannya bahawa pimpinan PAS sangat sibuk melaksanakan kerja-kerja Islam itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya Ahli PAS berkata: “Saya rasa kita tak perlulah merasakan kita sahaja buat kerja Islam, tetapi semua kita membuat kerja yang sama dan saling kait mengait tanpa merasakan ada yang lebih dan ada yang kurang.”
Manakala seorang dari Port Dickson bertanya: “Apakah dia fikir kalau hadir ke majlis bicara buku itu bukan kerja Islam? Bukankah Islam sangat memberi keutamaan kepada menuntut ilmu, dan majlis itu pengisiannya oleh mereka yang tinggi ilmunya di bidang kepimpinan?”
Beberapa orang memberi komentar terhadap nada sombong dan defensif yang terkandung dalam ayat-ayat Ketua Pemuda tersebut. Seorang pendakwah dari Shah Alam yang menghadiri majlis tersebut memberi reaksinya: “SMS Ketua Pemuda itu bernada defensif.
Watak orang defensif akan menyerang orang yang memberi kritikan. Bahkan memperkecilkan peranan dan sumbangan orang berkenaan. Sifat ini adalah realiti yang harus diakui ada pada kepimpinan PAS.”
Dan ada juga pembaca yang bersetuju dan menyokong pandangan Ketua Pemuda tersebut. Seorang yang tidak memperkenalkan dirinya menulis: “Apa yang dinyatakan Ketua Pemuda PAS Kawasan itu betul dan ana sokong beliau.
Pada ana tak perlu dipolemikkan perkara ini. Saudara fokuslah pada perkara lain yang lebih penting.”
Manakala seorang dari Maran, Pahang, tidak menyatakan apa-apa dalam SMS-nya, sekadar memaklumkan bahawa Ketua Penerangan PAS Kawasan Maran pun ada hadir dalam majlis Bicara Buku di PPAS Shah Alam itu.
Banyaklah lagi dan macammacamlah pandangan telah dikemukakan. Saya menghargai semuanya dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi respons. Tak perlulah pandangan dan hujah-hujah tersebut dibalas. Seperti dikatakan tadi, tujuan saya ialah untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu.
Hal ini saya kira penting diperhatikan kerana banyak kekhilafan dan salah faham agama yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam adalah disebabkan kelaziman kita menghayati agama berdasarkan ‘kata ustaz’, ‘kata tok guru’, ‘kata ulama’ dan sebagainya, yang didengar dari seorang ke seorang, bukan yang dibaca dan dirujuk dalam buku (kitab).
Makanya kesahihan sesuatu itu pun sering terabai.
Demikianlah saya sekadar menggerakkan usaha kecilkecilan. Bukanlah tidak memahami kesibukan para pimpinan PAS yang berkenaan itu. Tetapi pun kesibukan juga bukanlah jawapan kepada permasalahan yang perlu dihadapi. Maka pandaipandailah kita mengajak diri untuk bermuhasabah.
Sementara itu secara diam-diam kita memang menggalakkan dan mendorong kawan-kawan yang berminat untuk mengadakan sesi diskusi atau bicara buku, khasnya buku Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz… karya Prof Shaharir Mohd Zain ini.
Misalnya pada 19 November nanti kawan-kawan Pemuda PAS Cawangan Kuala Muda di Seberang Prai akan menganjurkan diskusi buku ini. Manakala kawan-kawan dari KeADILan Kelana Jaya pula sedang mengatur rancangan yang sama.
Demikianlah kami mengalualukan kalau ada mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan majlis diskusi atau bicara buku.

0 orang berkata:
Post a Comment