Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, October 30, 2011

Demo Jika UiTM Gantung Mahasiswa/Mahasiswi !!

Sekiranya UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran, kata jurucakap SAMM
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.
“Ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang “menghentam” pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan penglibatan beliau dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, Jumaat lalu, kata Wan Farel, penyelaras segmentasi mahasiswa SAMM itu.
Beliau bertanya, “sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?
“Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil ’pembonsaian minda’ terhadap mahasiswa.
Katanya, pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam Perkara 10(1)(B) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).
Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.
Wan Farel berkata, perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak Universiti, Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya.
“Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.
“Sekiranya pihak pentadbiran UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan buat Khalid./freemalaysiatoday.com

3 orang berkata:

Anonymous said...

Apa pasal guna gambar Almarhum ni?

Anonymous said...

Nak tanya sikit..... kalau perhimpunan anjuran UMNGOK pulak ...Camna? Nak letak jawatan gak ker?

Anonymous said...

Pentadbiran UiTM dah beri amaran jangan ganggu UIA. Kenalah ikut peraturan jangan pakaii ikut sedap mulut.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.