Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Untuk perangi rosak akidah, ajar rakyat apa itu akidah,

CARA PEMIMPIN TAK BETUL  BAGI MENANGANI ROSAK AKIDAH 


Hasan Ali: Saya tidak kisah jika hilang sokongan PAS

October 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.

Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.

Hasan (gambar), bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.

“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan. “Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada

Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik Sinar Harian hari ini. Mengenai Himpun, tegas Hasan, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.

“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya. Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah Allah manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.

“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah Allah. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman Allah, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.

“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.