Perak: Bersara tapi masih dibayar gaji - Audit
Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.
PETALING JAYA: Seramai lapan pegawai dari tiga jabatan kerajaan di Perak dibayar emolumen sebanyak RM18,768 walaupun tidak berhak dibayar kerana bersara, meletak jawatan, cuti tanpa gaji dan ditahan emolumen.
Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.
Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendapati 11 pegawai kerajaan kumpulan sokongan membabitkan tujuh jabatan terlebih bayar sebanyak RM9, 234 imbuhan tetap khidmat awam (ETKA) tahun 2006.
Bagi tahun 2007, empat pegawai dari dua jabatan didapati terkurang bayaran ETKA berjumlah RM1, 500.
Dibayar 2 kali
Semakan audit terhadap enam jabatan kerajaan mendapati, 14 pegawai terlebih bayar imbuhan tetap perumahan (ITP) dan bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM32, 977.
Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, RM631, 24 juta dibayar kepada pegawai kerajaan negeri Perak.
Lapuran audit juga mendedahkan 13 pegawai dari 10 jabatan memerima bayaran emolumen dua kali berjumlah RM49, 333.
Perkara ini berlaku kerana jabatan tidak mengemaskini rekod emolumen, kawalan dalaman tidak berkesan dan kurang pemantauan.
0 orang berkata:
Post a Comment