Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gamis: Susulan keputusan Mahkamah Rayuan, hapuskan terus AUKU

October 31, 2011
 
KUALA LUMPUR, 31 Okt Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) enyambut keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti sambil menggesa kerajaan menghapuskan terus undang-undang itu.

Presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, tindakan itu perlu kerana perjuangan menentang akta zalim itu sebenarnya suatu perjuangan asasi dan cukup bermakna.

“Meletakkan keutamaan kita untuk melihat mahasiswa dibebaskan dari penjara Akta Universiti dan Kolej Universiti semakin menyerlah apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti kini sudah tidak relevan untuk dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dipetik Harakahdaily, kata beliau, sememangnya Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan hak asasi manusia untuk bersuara, berhimpun dan menyertai kumpulan bebas.

Katanya, walaupun kejayaan Akta Universiti dan Kolej Universiti menyekat mahasiswa berfikir dan berpartisipasi dalam isu politik negara, namun mutakhir ini melihatkan bahawa mahasiswa sudah tidak takut lagi dengan undang-undang tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.