SPR cadang benarkan beberapa sektor undi awal
28/10/2011 4:22pm
IPOH 28 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.
Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat PRU-13 kepada 24 Pegawai Pengurus dan 105 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi negeri ini di sini, hari ini. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment