Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Nasi Lemak Buah Bidara 2.0
  
Posted on Tuesday, October 04 @ 20:00:00 PDT by paktam

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT 
 
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang minat buang bicara ,Kerana Namewee yang hamba pertikaikan
 
BARANGKALI akan ada orang yang ‘hot’ atau hati panas langsung marahmarah sekiranya pantuhttp://2.bp.blogspot.com/-sWzdiFlGn2s/ToQwLIl_4cI/AAAAAAAALQo/j4KSfgZd56g/s400/nazri-namewee2x.jpgn-empatkerat- tradisional Melayu Nasi Lemak Buah Bidara, di’modify’ seperti di atas sebagaimana Namewee mengubah suai lagu kebangsaan Negaraku (lagu berasal dari Kepulauan Seychelles gubahan penulis lirik terkemuka Perancis, Pierre Jean de Beranger yang meninggal dunia pada July 1857, atau 100 tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai ‘kemerdekaan’).


Memanglah kita marah apabila orang memandai-mandai sahaja mengubah apa yang dianggap sebagai hak-mutlak kita walaupun hakikatnya ia adalah saduran, tiruan atau adaptasi daripada hak-mutlak dan hakcipta orang lain.

Justeru, tak hairanlah sekiranya apabila Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan lagu berlatar-belakangkan muzik yang pernah dirakamkan ke piring hitam oleh Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders dalam album mereka Paradise Isle pada tahun1947 (tajuk lagu: Mamula Moon), maka Presiden Sukarno yang sedang melancarkan konfrontasi terhadap penubuhan Malaysia, mentertawa, memperlekehkan serta mempersendakannya menerusi pelbagai media Indonesia ketika itu.

Namun, serangan yang dilancarkan oleh media Indonesia itu tak sama dengan serangan-serangan media yang dilakukan oleh media Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 terhadap pembangkang, atau sebagai respons dan susulan kepada apa sahaja yang dicucuk atau dicucuk ke lubang hidung mereka sebagai anti-Umno dan anti-Melayu, walaupun hakikatnya tidak benar dan tanpa membuat penyelidikan, dan kalau mengkritik, tanpa menonton filem yang dikritik sebagaimana yang dilakukan oleh seorang so-called penulis yang menulis tentang filem Nasi Lemak 2.0.

Menurut si penulis tersebut dia tak mahu menonton filem Nasi Lemak 2.0 bukan kerana filemnya tetapi kerana pengarah dan pencipta garisan ceritanya adalah Namewee.

Namun, kebarangkalian besar si so-called penulis ini membelanjakan sekian nilai wang untuk menonton filem arahan George Lucas (misalnya siri filem Star Wars) atau Steven Spielberg (misalnya siri filem Indiana Jones, filem Jaws, filem Jurassic Park dll.) walaupun kedua-dua personaliti filem ini menyokong gerakan Zionisme.

Tak percaya ‘google’lah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya (ini yang sebut oleh Namewee sebagai research dalam penulisan menerusi siaran rakaman YouTube tatkala membidas tulisan si so-called penulis Utusan Malaysia tersebut.)

Justeru, ada kebenarannya apabila Namewee membelasah si so-called penulis berkenaan dengan mengatakan: “Where is your certificate? Is it from the drain? If you don’t know what it means to be a reporter, go back to school. Tell your boss, you and all your friends to go back to school!” (Maksudnya: “Dari mana sijil anda? Dari longkang?

Kalau anda tak tahu apa makna menjadi seorang pemberita, pergi semula ke sekolah. Bagi tahu ketua dan kawan-kawan anda supaya balik ke sekolah.”) Itulah. Research atau penyelidikan adalah amat penting dalam penulisan. 

Apatah lagi penulisan yang beragenda tertentu termasuk yang berniat jahat. Misalnya kalau kita tahu kenapa pada zaman konfrontasi, atau mungkin sekiranya tak tercetus konfrontasi sekali pun rakyat Indonesia ketika itu akan tetap memperlekehkan lagu kebangsaan yang dipilih oleh Tunku sebagai bantahan dan menzahirkan rasa marah kerana pemimpin Malaysia itu pandai-pandai sahaja meniru lagu bangsawan kegemaran rakyat republik tersebut, tentu kita akan mengambil sikap yang lebih terbuka dan bertindak secara lebih waras dalam apa juga dialog dan hujah mengenai kontroversi lagu Negaraku.

Manalah rakyat Indonesia ketika itu tak marah, apabila lirik asal lagu tersebut (sebagaimana yang dipetik di bawah perenggan ini) di tukar kepada lirik lain.

 Terang bulan, terang di pinggir kali Buaya timbul disangkalah mati Jangan percaya mulutnya lelaki Berani sumpah ‘tapi takut mati Perbuatan menyadur karya orang lain dan kemudian mendakwa ia adalah karya asal kita atau disebut sebagai ‘plagiarism’ adalah menunjukkan betapa rendah dan murahnya maruah kita lebih-lebih lagi sekiranya diguna dan disebarkan untuk tujuan awam. Setidaktidaknya apa yang dilakukan oleh Namewee dalam Negaraku hanyalah merupakan satu parodi, yang boleh diterima dalam dunia seni sebagai sesuatu satira. Dan satira, walaupun lazimnya sukar untuk ditelan dan boleh mengundang kemarahan, ia bertujuan menyedarkan pihak tertentu.
Tidak mustahil inilah yang dilakukan oleh anak muda berasal dari Muar itu sama ada dalam Negaraku dan Nasi Lemak 2.0.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.