Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

15/02/12

Anwar ramal PRU13 pada Mei atau Jun ini




BANGKOK – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.

Katanya mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan. Dalam perkembangan yang mengejutkan, Anwar mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan aktiviti keganasan di Malaysia.

Menjawab soalan daripada hadirin mengenai dakwaan bahawa Malaysia dikaitkan dengan aktiviti keganasan termasuk tempat pertemuan, latihan dan menempatkan pengganas, beliau berkata: "Saya tidak ada bukti bahawa kerajaan Malaysia terbabit dalam aktiviti seperti itu,"

"Tidak ada sebab kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan pengganas. Anwar dijemput oleh FCCT untuk berkongsi pandangan dengan beliau mengenai perkembangan terkini di Malaysia.

Beliau menyentuh antara lain perkara-perkara mengenai demokrasi, tadbir urus, pilihan raya, rasuah, media dan keadaan ekonomi di Malaysia serta isu-isu antarabangsa lain.

Anwar juga mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau menarik balik kenyataan yang dilaporkan menyokong semua tindakan untuk menjaga keselamatan Israel yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ)atau menyaman akhbar itu jika laporan tersebut tidak tepat.

Ketua pembangkang itu berkata beliau akan menemui pemimpin Pas itu untuk menerangkan perkara berkenaan apabila pulang nanti. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.