Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Umno-BN tunggang bantuan RM500
Posted on Tuesday, February 14 @ 23:00:00 PST by paktam

  Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
PADA hujung minggu lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Manshttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijb_v3GsS6bv5I94jIUnUQOqrFL3Ge4faSpCG1qT2fjKjjSR8igOr6ltp6LR07mRYQiNIOYJk9qZ8FqCebg9K78kMZpjknN0GBhTznQ9McftMG-m_Ufsd4Q4ShVC-W4CTVMAp4vzIBQlc9/s1600/semak%252Bbr1m.jpgor turun padang ke negeri Terengganu sempena Program Perdana Menteri Bersama Rakyat.

Dua Dewan Undangan Negeri (Dun yang menjadi tumpuan utama beliau adalah Dun Rhu Rendang yang kerusinya disandang oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Marang dan Dun Batu Burok di Kuala Terengganu yang disandang oleh saya sendiri.


Di kedua-dua Dun ini tumpuan utama Perdana Menteri mereka menyediakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diagihkan kepada setiap pengundi yang tersenarai dalam program bantuan ini. Penerima di Dun Rhu Rendang menerima peruntukan berjumlah RM3.1 juta dan di Dun Batu Burok pula menerima peruntukan berjumlah RM 3.6 juta.
BR1M ini adalah merupakan bantuan ‘one off’ atau sekali sahaja yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Belanjawan 2012 pada akhir tahun lepas.

Tujuan asalnya adalah untuk mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah bagi ‘meringankan beban kenaikan kos kehidupan yang dialami oleh mereka’.

Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikenal pasti sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan BR1M ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Program bantuan kerajaan yang telah diluluskan oleh parlimen ini kini bertukar menjadi ‘program kempen Umno-BN’ menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Di Batu Burok, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman yang dilawati oleh Perdana Menteri telah bertukar wajah seolaholeh menjadi ‘pejabat Umno-BN’ dengan dipenuhi oleh bendera Umno-BN serta kain-kain rentang pemimpin Umno-BN.

Premis sekolah yang sepatutnya bebas daripada unsur-unsur politik telah dicemari dengan politik desperado pemimpinpemimpin Umno-BN.

Begitu juga dengan perjalanan majlis program bantuan BR1M itu yang sepatutnya merupakan majlis kerajaan telah bertukar menjadi majlis kempen menjelang pilihan raya serta menyerang parti pembangkang khususnya PAS di Terengganu. Perdana Menteri sendiri telah menggunakan majlis tersebut bagi membidas PAS yang dikatakan ‘hanya pandai menabur janji untuk meraih sokongan rakyat padahal pemimpin parti itu hanya menipu rakyat’.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pula dikatakan telah menggunakan majlis BR1M bagi mencabar para penerima BR1M yang menyokong PAS supaya sentiasa berterima kasih kepada Umno-BN. Beliau juga meminta agar masyarakat terutama rakyat Terengganu ‘tidak sesekali melupakan jasa baik kerajaan lebih-lebih lagi apabila tibanya musim pilihan raya nanti dengan memberi undi kepada Umno-BN’.

Ya, inilah realiti yang berlaku terhadap program BR1M di merata tempat di seluruh pelosok negara. Ia tidak lagi menjadi program kerajan tetapi bertukar wajah menjadi program kempen politik Umno- BN. Persoalannya, apakah para pemimpin Umno-BN telah terlupa bahawa bantuan RM500 itu bukan datang daripada poket pemimpin Umno-BN, tapi ia adalah daripada hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia ke atas setiap rakyat yang diwajibkan membayar cukai? Dan setiap pembayar cukai yang ada di seluruh Malaysia adalah terdiri daripada individu pelbagai fahaman politik termasuk juga daripada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau diungkap bantuan 'one-off' (sekali beri) BR1M RM500 dalam loghat Terengganu ia ‘bukangnya pitis daripada kocek ‘mok bapok’ Umno- BN’. Ia adalah daripada duit kerajaan.

Maka adalah wajar bagi setiap kerajaan yang diberi amanah untuk memerintah memberikan keselesaan hidup kepada rakyat di bawahnya terutamanya daripada golongan miskin. Amat tidak wajar ia dijadikan kempen politik kerana peruntukannya telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan bukannya melalui Perhimpunan Agung Umno. Mana-mana kerajaan yang memerintah berhak diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan wang BR1M tersebut termasuk PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah, maka mereka pula yang berhak memegang amanah tersebut.

Bagi saya adalah jelas, bantuan BR1M bermotifkan politik dan bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang. Ia bukan untuk ‘membantu golongan yang berpendapatan rendah dan miskin’ tetapi untuk meraih undi menjelang PRU13 akan datang ini. Dan lebih parah lagi, ia kini sedang menjadi ‘rasuah pilihan raya’ yang terbesar dalam sejarah Malaysia bagi memerangkap setiap rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada Umno-BN.

Dan bantuan BR1M ini juga meneruskan ’malangnya nasib rakyat Terengganu’ terutamanya golongan bawahan yang miskin. Mereka terus 'disogok’ dengan ’madu beracun’ melalui program bantuan seperti ’bantuan wang ihsan’, ’bantuan sekolah’ ’bantuan hari raya’ dan pelbagai lagi subsidi yang tidak akan membebaskan diri mereka dan keluarga daripada cengkaman kemiskinan.

Malahan dengan bantuan RM500 setiap keluarga, mereka yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi terutamanya akan terus diugut dan dipaksa untuk ’taat dan patuh’ bagi terus menyokong kepimpinan Ahmad Said yang semakin hari semakin terserlah kepincangan dan kebobrokan mentadbir negeri ’penyu bertelur’ ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.