Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANALISA PEKASAM YANG BANGANG

Ibrahim Ali: Kenyataan Nik Aziz sandiwara PAS

February 14, 2012
 
KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Pertubuhan Pribumu Perkasa (Perkasa) menegaskan, kenyataan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya dalam Wall Street Journal (WSJ) adalah sandiwara parti Islam itu semata-mata.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menjelaskan, kenyataan itu dibuat semata-mata mahu membersihkan imej PAS kepada masyarakat.

“Perkasa berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz itu hanyalah sandiwara yang cuba membersihkan imej PAS yang bersekongkol dengan Anwar yang memegang teguh pada sokongan politik Amerika Syarikat dalam konteks kedudukan negara Palestin,” kata Ibrahim.

“Jadi bila Nik Aziz mendesak Anwar untuk menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar tersebut, ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat kerana mungkin PAS sudah sedar apabila Anwar diserang dan dikecam, itu akan merugikan PAS,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas ini lagi, Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat hipokritnya dan boleh mengubah pendirian politiknya bila-bila masa demi mencapai kepentingan politik.

“Perkasa mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan perkembangan tersebut kerana jika Anwar berpendirian untuk menyaman akhbar tersebut, saya tidak yakin bahawa itu dari hatinya, dan beliau akan mengubah pendiriannya. 

“Maknanya, ambil tindakan saman bukan bermakna beliau ikhlas,” katanya lagi. Tambah beliau, jika Anwar menarik semula kenyataannya itu sekalipun, ia masih tidak mencerminkan dasar dan pendiriannya terhadap keselamatan Israel sekiranya beliau berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Nik Aziz menggesa Anwar agar menarik balik kenyataannya seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

Beliau berkata, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Anwar, yang juga merupakan Ketua Pembangkang, sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ, dengan menyatakan beliau menyokong “kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.”

Menurut Nik Aziz, pendirian PAS berpegang dengan prinsip, dan tidak akan  mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang ditegaskan pendirian dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa.

Menteri Besar Kelantan itu turut menegaskan, PAS menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri.

Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.