Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA SEBENARNYA YANG ADA PADA BENAK ANUAR ?

ANUAR NAMPAK PERJALANAN POLITIK DUNIA YANG DIKUASAI OLEH PENGARUH YAHUDI, SEBAB ITU DIA MENYOKONG ISRAIL MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA TERSEBUT, DALAM MASA YANG SAMA DIA TIDAK MENGAMBIL KIRA KEKEJAMAN ISRAIL YANG MERAMPAS BUMI PALASTIN DAN MENGINAYA RAKYAT PALASTIN DENGAN BERBAGAI KEKEJAMAN

SEPATUTNYA ANUAR MENGAMBIL KIRA TENTANG LARANGAN ALLAH TENTANG ISRAIL YANG ANTI AGAMA DAN UMAT ISLAM DISAMPING MENJAGA HATI KAWAN, NAMUN DISEBABKAN KEKHAIRAHANNYA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DARI YAHUDI DAN SEKUTUNYA DIA SANGGUP MEMBELAKANGKAN SENSITIF KAWAN TENTANG ISRAIL


MALAYSIA ADA HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAIL, HAL INI JUGA MEMBANTU REJIM YAHUDI ITU MENDAPATKAN KEUNTUNGAN, DAN KEUNTUNGAN TERSEBUT DIGUNAKAN PULA OLEH YAHUDI UNTUK MENGINAYA UMAT ISLAM PALASTIN SERTA MEMBUNUH MEREKA, DARI TAHUN 1948 LAGI HINGGA SEKARANG ISRAIL TERUS MEMBUNUH RAKYAT PALASTIN TANPA BELAS KASIHAN, DAN UMAT ISLAM PADA KESELURUHANNYA HANYA MAMPU MENYATAKAN SIMPATI TERHADAP RAKYAT PALASTIN, TIDAK LEBIH DARI ITU


NAMPAKNYA NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM TERMASUKLAH ARAB SAUDI HANYA MAMPU MENDENGAR PENDERITAAN RAKYAT PALASTIN SAHAJA, UNTUK BERTINDAK MEREKA TIDAK MAMPU KERANA PEMIKIRAN PIMPINAN UMAT ISLAM KEBANYAKANNYA TELAH DIKUASAI YAHUDI DAN RAKAN-RAKANNYA, DEMIKIAN JUGA KUASA POLITIK DAN METERIAL PADA KESELURUHANNYA TELAH BERADA DIDALAM GENGGAMAN BANGSA YAHUDI TERSEBUT BERIKUTAN MATINYA FUNGSI OIC

PAS tolak Israel, terserah kepada Anwar untuk terima atau tidak, kata Nik Aziz

February 22, 2012
 
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam.

Sehubungan itu kata Nik Aziz (gambar), beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu.

“Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

“Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram,” katanya.

Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata  beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.

“Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu,” katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.