Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Debat Lim Guan Eng vs Chua Soi Lek
 Feb 11, 2012 02:25:18 pm

Debat dengan Presiden MCA Chua Soi Lek yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir MCA Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) dan Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) bukanlah atas topik "Kaum Cina Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang - Quo Vadis?" tetapi atas topik "Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?"


Topik debat iaitu "Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?" telah dicadangkan oleh pihak penganjur melalui surat daripada CEO ASLI Dr.Michael Yeoh pada 3 Februari 2012. 

Saya telah menerima topik ini kerana ia selaras dengan komitmen DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia, sedangkan MCA hanya memperjuangkan satu komuniti.  

Justeru, tindakan Chua (gambar kiri) untuk menukar topik yang memperihalkan pro dan kontra sistem dwiparti dan juga sama ada ia akan menjadi sistem dua kaum kepada topik yang mempersoalkan masa depan kaum Cina dalam topik "Kaum Cina di Malaysia - Quo Vadis?" adalah salah.


MCA akan menganjurkan persidangan "Kaum Cina Di Persimpangan" yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, di mana beberapa topik lain akan dibicarakan oleh pelbagai penceramah. 

Pihak penganjur telah bersetuju bahawa saya akan berdebat dengan Chua dalam Bahasa Mandarin di Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur pada pukul 5-6 petang 18 Februari 2012 yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro AEC.

Saya ingin menegaskan bahawa saya sanggup berdebat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pentas yang serupa dengan debat saya pada tahun 1991 dengan Ong Tee Keat di mana dua sesi telah diadakan, satu dalam Bahasa Mandarin dan satu dalam Bahasa Inggeris. 

Saya sudah pun melantik Setiausaha Politik saya dan ADUN Komtar Ng Wei Aik untuk membuat penyelarasan dengan MCA serta Ketua DAPSY merangkap ahli parlimen Rasah Anthony Loke untuk mengendalikan logistik.

Debat saya bersama Chua Soi Lek atas topik "Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?" harus berteraskan persaingan antara idea, ideal dan dasar-dasar yang memanfaatkan demokrasi dan semua rakyat Malaysia, dan bukan hanya kaum Cina. 

DAP menawarkan idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani untuk memupuk rasa kekitaan, kesetiakawanan dan rasa pemilikan di kalangan rakyat Malaysia.  

Hanya dengan menghormati hak politik, keadilan sosio-ekonomi dan martabat insan boleh kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia yang tulen tanpa mengira latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban atau Kadazan.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.