Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu agama senjata akhir Umno?
Posted on Saturday, February 11 @ 21:00:00 PST by tokdalang


Oleh RUHI HAYATI THANI 
 
ADA suatu catatan panjang mengenai bagaimana Umno dan British menipu Melayu dengan menggunakan isu agama ketika zaman darurat komunis. 

Inilah catatannya. Pertamanya, kita mesti sedar bahawa yang paling ditakuti penjajah British ialah ketika Melayu bangkit menentangnya atas nama agama, rajaraja dan penentangan bersenjata.


Penentangan ini wujud ketika zaman penaklukan British sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada 1942-1945.

Ambil sahaja contoh penentangan Megat Terawis, pembunuhan pegawai JWW Birch di Pasir Salak, penentangan Tok Janggut (Kelantan), Abdul Rahman Limbong (Terengganu) dan Dato’ Bahaman (Pahang) atau di mana-mana lagi.

Semuanya atas nama agama Islam, raja-raja Melayu dan bercorak senjata.

Golongan Melayu kiri ini menentang penjajahan British sebelum gempuran Jepun di Malaya selama tiga tahun. Ini fasa penentangan Melayu yang pertama ke atas British, iaitu lewat pem berontakan bersenjata berseruankan agama, raja-raja dan memilih pertumpahan darah sebagai langkah penyelesaian. Setelah Jepun beredar, maka British datang kali kedua dengan wajah BMA (British Military Army).

Ketika ini, dengan meninjau pengalaman lalu, British sedar bahawa perjuangan bersenjata dalam kalangan Melayu sangat berbahaya.

Tetapi, ketika penjajahan Jepun sebelum ini pun, British terlanjur dan terpaksa membentuk Force 136 dalam kalangan Melayu, sekali gus melatih Melayu dan Cina (Bintang Tiga) mengguna senjata api.

Lalu, Jepun menyerah. Dan Cina komunis (Bintang Tiga atau MPAJA; Malayan People Anti Japanese Army) pun turut menolak British yang sebelum ini pernah membantu mereka mengganyang Jepun.

Komunis Cina, dengan bantuan kepakaran yang diterima daripada British dahulu telah merekrut pengikut baharu, khasnya daripada Melayu. Igauan ngeri British terhadap pemberontakan Melayu secara berdarah ini masih ada dalam lipatan kenangan lama mereka. British tahu jika Melayu bersama komunis, maka kuasa mereka tidak kekal lama di Malaya.

Ini kerana, perjuangan komunis Melayu di hutan adalah lanjutan perjuangan Melayu (sebelum Jepun) yang melawan British dengan jalan pemberontakan seperti Tok Janggut, Mat Kilau itu.

Jadi, bagaimana British mahu jarakkan hubungan Melayu dengan komunis yang dikhuatiri akan membuat pemberontakan? Maka, salah satu perkara yang dibangkitkan British adalah komunis itu menolak faham agama, khasnya Islam. Jadi, bagaimanakah British melaksanakan kaedah ini?

Perlu diingat bahawa, Jepun meninggalkan Malaya pada 1945 dan pada masa sama, PKMM ditubuhkan.

Lalu, Umno ditubuhkan setahun kemudian (1946) dengan restu British bagi menenggelamkan kemasyhuran PKMM. Pada tahun itu juga, elit bangsawan Melayu Umno mula menurut kehendak British yang inginkan komunis dijarakkan daripada orang Melayu.

Lalu, kempen yang dibuat adalah seruan agar Melayu tidak sertai komunis yang menolak agama Islam tadi. Sentimen keagamaan mula dimainkan British buat pertama kalinya secara besarbesaran dengan propaganda British yang sungguh licik dan tersusun pada saat itu.

Rancangan Briggs bermula dengan penyusunan semula desa Melayu bertujuan menggagalkan fahaman komunis daripada meresap kepada Melayu. British sedar jika Melayu sertai komunis, maka British pasti kalah sebab Melayu pernah angkat senjata seperti pengalaman British sebelum penjajahan Jepun.

Kesimpulannya isu agama Islam pernah dimainkan British (dengan bantuan Umno) seawal kemuncak komunis mencari pengaruhnya di Malaya. British ini menakut-nakutkan Melayu (dengan bantuan Umno), kononnya jikalau Melayu mendukung komunis, maka agama Islam tercabar kerana faham komunis itu menolak agama.

Arakian, pada hari ini, setelah merdeka lima dekad, Umno mengguna strategi British yang sama, iaitu menyerang Pakatan Rakyat atas nama agama. Ada juga yang menyalur fitnah bahawa fahaman liberal Anwar Ibrahim akan menyesatkan Melayu, walhal laras bahasa faham itu terpaksa diselaraskan dengan tahap fikiran masyarakat antarabangsa sekali gus untuk mencari jalan tengah. Ini antara cara Umno untuk memikat Melayu agar menjauhi Pakatan Rakyat itu.

Arakian, baru-baru ini, Umno memperalat Dr Hasan Ali atas projek ‘road-show’ beliau itu dengan menyarung jubah agama. Di dalam ‘road-show’ itu, pakar motivasi itu berteriak menangis dengan suara sebak depan ramai orang, berdoa untuk memelihara akidah umat Islam. Maka, seperti British, Umno (anak asuhan penjajah) itu telah memperalat Hasan pula.

Jadi, bagaimanakah hal itu terjadi? Iaitu setelah disebut bahawa PAS memecatnya setelah beliau membela akidah umat Islam, maka dengan tiba-tiba beliau menyeru agar jangan mengundi Pakatan Rakyat atas pesan-pesan ketauhidan tadi. Rupanya, Umno sudah membuat kempen pilihan raya lebih awal atas nama agama de ngan mengguna Hasan Ali itu! Inilah yang terjadi hari ini sebenarnya!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.