Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK LA TU JADI PENGKHIANAT AGAMA

Wednesday, February 15, 2012

Hasan Ali ramal JATI akan bawa 'tsunami kecil'.. habislah Pakatan Rakyat...

15 Februari 2012


KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan gelombang "tsunami kecil" bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jati pada 21 Februari ini.


Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, semalam, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya.

Beliau berkata gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara.

"Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan mendatangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah menjadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah menerima sesuatu yang dianggap basi.

"Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia. Pemecatan saya daripada PAS yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya mencetuskan gelombang kecil, kini telah menjadi suatu gelombang besar," katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut menjelaskan Jati tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pelbagai bentuk hubungan dengan mana-mana pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun badan-badan politik yang kecil dan besar selagi pihak perkenaan mempercayai konsep perjuangan yang dibawa Jati iaitu IMR, singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-Raja.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Jati bergabung dengan NGO lain termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cara untuk mengukuhkan pengaruh kuasa ketiga, Hasan berkata, perkara tersebut bergantung kepada kesediaan pihak-pihak berkenaan dalam mengangkat martabat IMR.

Bagaimanapun, menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin, blok kuasa ketiga itu hanya akan muncul sebagai satu kuasa kuat dan digeruni jika wujud pelbagai elemen tertentu.

Yang pertamanya, tegas Shaharuddin, kuasa ketiga itu hanya akan mendapat sambutan sekiranya rakyat ataupun pengundi sudah meluat dengan gelagat dan politiking parti pemerintah mahupun pembangkang.

Selain itu, kuasa ketiga itu akan bertambah mantap dan boleh memainkan peranannya dengan berkesan jika Jati dan beberapa NGO bergabung tenaga, bukannya secara bersendirian.

Beliau juga berpendapat, mana-mana kuasa ketiga yang ingin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia perlu mempunyai elemen kemajmukannya yakni diterima baik oleh masyarakat majmuk dan bukannya hanya sesuatu kaum tertentu sahaja. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.