Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR TUMBANG JIKA GHANI KEKAL MB JOHOR

Monday, February 13, 2012

PANAS ! Sah Najib Mengadap Sultan Johor Bincang Pengganti Ghani Othman!



Kedudukan Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang disokong kuat Najib Altantuya rupanya dikatakan tidak disenangi baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sehingga Najib Altantuya dan Rosmah Mansor terpaksa mengadap baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Bharu, petang tadi.

Najib Altantuya yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri berkenaan dikatakan berusaha memujuk Sultan supaya membenarkan Ghani meneruskan tugasnya buat sepenggal lagi tetapi dikhabarkan Sultan tidak bersetuju.

Ada juga cerita yang mengatakan selepas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dikatakan kembali bertanding di negeri asalnya, Najib Altantuya bergegas mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin Umno-APCO negeri membincangkan strategi untuk membalas berita yang mengejutkan itu, walaupun dinafikan ahli parlimen Muar, Razali Ibrahim petang tadi.

Razali menafikan dakwaan Pakatan Rakyat sambil kunun persetujuan melantik Salahuddin menjadi menteri besar hanya angan-angan semata-mata.

Sekiranya Razali menganggap cabaran Pakatan Rakyat sebagai angan-angan, mengapa bosnya yang baru pulang dari Australia terpaksa mengadap Sultan Ibrahim secara mengejut??

Telah menjadi rahsia rakyat negeri ini bahawa Ghani sudah mula tidak disenangi kerana tindakannya yang membelakangkan almarhum ayahanda baginda semasa menjadi sultan sehingga mangkat pada 22 Januari 2010.

Sultan Ibrahim yang mengetahui hal tersebut dikatakan menjauhi Ghani menurut sumber-sumber yang rapat dengan pentadbiran negeri.

Baginda dikatakan lebih tegas dengan Ghani dalam soal pemerintahan sehingga Muar diisytiharkan sebagai bandar diraja dimaklumkan sendiri baginda.

Pengganti Ghani sudah ada, namun keputusan sama ada Sultan Ibrahim menerima atau tidak tertakluk kepada budi bicara baginda apabila pilihanraya umum selesai kelak.
 


PM Dan Isteri Mengadap Sultan Johor


Selepas majlis ulang tahun ke-15 Danga Bay di Pusat Konvensyen Danga Bay yang dirasmikan Sultan Johor, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadap Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.


Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam berakhir dengan majlis santapan petang.


Malam ini Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan ke Johor menghadiri sambutan perarakan chingge di Dataran City Centre, Johor Bahru.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.