Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU FULUS TAK MASYUUUUK ?

Harussani: ‘Perjuangan Islam Hasan lebih berbaloi bersama NGO daripada PAS’

February 12, 2012
 
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Tan Sri Harussani Zakaria percaya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali enggan merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu kerana kecewa tidak dapat memperjuangkan prinsip Islam sebenar dalam parti berteraskan agama Islam itu.

Justeru kata Mufti Perak (gambar) ini, daripada kekal dalam PAS adalah lebih baik Hasan, bekas exco kerajaan negeri Selangor memperjuangkan prinsip Islam melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak melibatkan parti politik.

“Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.

“Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sebelum ini berkata akan menubuhkan NGO dinamakan “Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, Hasan berkata akan menumpukan kepada Jati yang akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Sejak dipecat dari PAS, spekulasi tersebar luas bahawa Hasan akan menyertai Umno.
Tambah Harussani, Hasan merupakan seorang pemimpin yang berpendirian tegas dan berpegang kepada prinsip Islam.


Disebabkan itu menurut beliau, Hasan menyertai PAS yang memperjuangkan Islam berbanding Umno yang disifatkannya “kurang membawa prinsip Islam.”

“Saya kenal Hasan sejak dulu dan beliau merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip Islam...itu saya tahu. Beliau lebih kepada Islam, untuk itu beliau menyertai parti yang memperjuangkan Islam tapi mungkin kerana kecewa kerana tidak dapat memperjuangkan Islam beliau tidak mahu terus bersama PAS.

“Bagi saya biarlah beliau bersama NGO, jangan libatkan parti politik. Jangan pedulikan orang lain dan fokus kepada perjuangan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.