Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN ANUAR TERLALU GHAIRAH TENTANG ISRAIL MENGUNDANG AKIBAT

AKIBAT TERLALU TAKSUB BERPOLITIK SEHINGGAKAN MENGHALALKAN SEMUA CARA PANTANG LARANG DAN DOSA PAHALA MAKA IA MENGAKIBATKAN ROSAKNYA PERJUANGAN DI DALAM RUMAH TANGGA SENDIRI, APA YANG MENJADI KEBENCIAN PAS DENGAN ISRAIL IALAH ATAS KEGANASANNYA TERHADAP UMAT ISLAM DI BUMI PALASTIN YANG BERTERUSAN

ANUAR IBRAHIM MUNGKIN NAMPAK KEWUJUDAN NEGARA ISRAIL YANG DIUJUDKAN OLEH PBB SEBAGAI HALAL MAKA DIA MENGAMBIL KIRA POLITIK  ATAS PENGIKTIRAFAN BADAN DUNIA TERSEBUT LALU DIA MEMBUAT KENYATAAN YANG MENDATANGKAN KEMARAHAN UMAT  TERHADAPNYA, MUNGKIN JUGA DIA MELIHAT ADA NEGARA ISLAM YANG MENGIKTIRAF ISRAIL LALU DIA MEMBUAT KENYATAAN TANPA FIKIR LEBIH JAUH

PAS TIDAK SEBULU DENGAN KENYATAAN ANUAR KERANA ADA LARANGAN DARIPADA ALLAH TENTANG KEGANASAN ISRAIL NAMUN ANUAR TERUS GHAIRAH DENGAN BERPOLITIK CARA GELOJONNYA, DIA NAMPAK PENGARUH ISRAIL DISELURUH DUNIA BERJAYA MENGUASAI MEMPENGARUHI KEBANYAKAN PIMPINAN DUNIA MAKA DIA BERCAKAP TERCELUPAR


22/02/12

Kenyataan TGNA isu Anwar dan Israel


DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.