Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Orang gopoh tak mampu bertahan dalam jemaah
Posted on Tuesday, February 14 @ 20:00:00 PST by paktam

  Oleh ZULKIFLI YAHAYA
TARIKH 8 dan 9 Januari lalu, di bumi Malaysia ramai orang bertahmid. Alhamdulillah pertama kerana Dhttp://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.12639.1323998352!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgato’ Dr Hasan Mohd Ali dipecat daripada PAS. Alhamdulillah kedua kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat.

Media talibarut BN yang selama ini menuduh PAS sesat, menyeleweng dan mengikut telunjuk DAP dan KeADILan, tiba-tiba memfokuskan isu bahawa Dr Hasan dizalimi dan tidak diberi hak membela diri lalu dipecat daripada PAS.


Sepatutnya mereka gembira kerana Hasan telah keluar dari parti yang ‘menyeleweng’.
 
Samalah seperti sebelum ini media-media talibarut BN sentiasa mendakwa PAS sebagai membawa versi negara Islam yang menyeleweng.

Sebaliknya Umnolah kononnya yang memperjuangkan negara Islam sebenar lalu mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekalipun ‘negara Islam’ Umno itu menolak hukum Allah.

Hampir separuh abad PAS dituduh berpura-pura menegakkan negara Islam atau negara Islam versi PAS tidak betul. Apabila tibatiba PAS menyebut negara kebajikan dan bukan negara Islam, maka mereka menuduh PAS sudah menyeleweng kerana meninggalkan hasrat menegakkan negara Islam.

Bukankah sepatutnya jika mereka menganggap konsep negara Islam PAS tidak betul, maka mereka akan menyokong PAS meninggalkan perkara ‘tidak betul?’

Itulah sikap hipokrit dan kontradik Umno yang hakikatnya setiap ungkapan mereka hanya untuk mengadu-domba PAS, langsung tiada keikhlasan. Benar atau salah sesuatu perkara itu adalah berdasarkan apa yang PAS buat. Sesuatu yang diperjuangkan PAS akan dianggap tidak betul atau sesat, tetapi jika PAS ‘dilihat’ meninggalkan perkara itu maka perkara yang dilihat seolah-olah ditinggalkan itu pulak yang betul.

Umno sentiasa berdolak dalik, berputar pusing dan berloyar buruk. Dalam isu Dr Hasan Ali, PAS dituduh parti yang tiada beri hak kepada beliau membela diri. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, PAS Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan PAS Selangor.

“ Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

Hasan bukan dibicara di mahkamah atas tuduhan jenayah. Kesalahannya ialah mengkhianati parti dengan menyerang secara terbuka menggunakan media musuh.

Antara yang di serang ialah dasar parti yang diputuskan dalam muktamar tahunan. Bukan sekali dia buat perangai begitu tapi berkalikali.

Jika beliau dipanggil membela diri melalui lisan atau tulisan, maka pasti dia akan menggunakan media musuh lagi untuk mempertahankan diri. Keputusan memecat ke atas dirinya sudah tentu setelah memikir kaedah memilih mudharat kecil dari mudharat besar.

Masa juga sudah terlalu suntuk untuk menghadapi pilihan raya umum. Melambatkan permainan melalui ‘surat tunjuk sebab’ atau ‘membela diri’ lebih membawa mudharat.

Masa yang berlalu pun boleh jadi musuh juga. Sepanjang waktu itu PAS akan terus dibelasah oleh pemimpin parti sendiri. Seluruh dunia tahu bahawa Dr Hasan sudah berpatah arang dengan PAS sekalipun masih memegang jawatan.

Dia tidak hadir mesyuarat parti dan menempelak parti secara terbuka. Ia adalah keadaan yang genting dan kritikal.

Ibarat rumah terbakar. Kalau waktu membina rumah orang masih boleh berbincang dengan tenang untuk memutuskan siapa tukang rumah yang layak serta harga rumah yang munasabah. Tapi kalau sudah terbakar, tuan rumah tidak akan bermesyuarat lagi untuk memanggil bomba mana yang lebih baik. Bomba pun tidak akan datang memadam api dengan kelajuan biasa.

Semuanya drastik dan drastik itu adalah hikmah sewaktu kritikal. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri adalah berhikmah.

Sekarang Dr Hasan melalak sekuat mana pun dia bukan lagi ahli parti. Dia bebas untuk menuduh Anwar terlalu kotor perjuangannya sambil merasa dirinya yang paling bersih, kerana dia tiada apa-apa komitment lagi dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Lantaklah andai dia nak bersahabat dengan Umno, Perkasa atau Apco, tiada ahli PAS yang akan peduli.

Terpelantingnya Dr Hasan Ali bukan kali pertama berlaku terhadap kepimpinan parti. Yang Dipertua Agung (Dato’ Asri Muda) dan Naib yang Dipertua Agung (Nakhaie Ahmad) pernah keluar PAS yang membawa perjuangan Islam, tetapi PAS tidak terkubur. Selepas pengunduran mereka PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Lagi hikmah bagi orang yang berfikiran seperti Dr Hasan perlu renungkan ialah, apa yang dia boleh buat selepas tidak ada lagi jawatan dalam kerajaan? Tidak dinafikan beliau banyak mengatur program atau menghidupkan surau dan masjid di Selangor. PAS sokong dan DAP tidak pernah bantah. Beliau juga sekali sekala melakukan program nahi mungkar. Semua itu amat bersesuaian dengan perjuangan PAS, bahkan Pemuda PAS kawasan Shah Alam yang mengusulkan tindakan diambil terhadap premis jualan arak yang menjual secara terbuka kepada orang Islam.

Meskipun sekali sekala tercetus kontroversi tetapi masih ada pihak dalam PAS yang mempertahankan tindakannya. Namun apabila dia sudah masuk perangkap Umno dengan menyerang PAS secara terbuka tanpa usul periksa maka ia menzahirkan hilangnya jati diri PAS dalam dirinya. Segalanya berlaku akibat kegopohan, tidak sabar, tidak mengukur kekuatan diri dan melakukan kerja amar makruf nahi mungkar yang tiada hikmah.

Ada orang berhujah apa pentingnya undi, jika selepas menang kita tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya, seideal wawasan yang dijadikan matlamat? Jadi tak perlu kerjasama dengan DAP jika tahu DAP menolak negara Islam.

Jawapan untuk soalan itu adalah dalam bentuk soalan juga, iaitu apakah jika bersendirian (tanpa DAP) dan kalah, BN terus berkuasa maka mereka akan tegakkan negara Islam? Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik sebagai kerajaan berbanding jika BN jadi kerajaan, sekalipun tidak dapat melakukan sepenuhnya.

Parti AK pimpinan Reccep Tayyip Erdogan mengambil masa yang panjang untuk membolehkan kakitangan menutup aurat di pejabat, melantik seorang Presiden daripada kumpulan Islam dan melumpuhkan kuasa tentera. Tapi kalau dari hari pertama Erdogan sudah memulakan tindakan ‘mengIslamkan’ kerajaan Turki sepenuhnya, tanpa terlebih dahulu membina kekuatan dalam kerajaan maka barangkali sehingga hari ini rakyat Turki tiada kebebasan untuk menutup aurat sebab tempat Erdogan selepas itu bukan di pejabat Perdana Menteri tetapi dalam penjara.

Berkempen mengajak rakyat menolak PAS secara automatik bermakna berkempen untuk memenangkan Umno-BN. Kononnya 72 peratus kepimpinan PAS sekular. Berapa peratus pula pemimpin Umno yang tidak sekular?

Berapa peratus pula pemimpin Umno yang isterinya tidak menutup aurat? Berapa peratus pula Wanita dan Puteri Umno yang menutup aurat berbanding Muslimat PAS?

Berapa peratus pula pemimpin Umno yang menolak hudud berbanding PAS?

Hasan Ali makin pening dan keliru sebenarnya. Berputar pusing macam wau putus ekor tapi talinya dipegang oleh Umno. Hasan pun sedar hal itu, namun perjuangan melepas geram dan membalas dendam menjadi lebih aula dalam dirinya sekarang. Bukan lagi isu kedaulatan Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.