Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS LEMBAB, LEMAH, BASI DALAM HAL IMEJ PERJUANGANNYA

Lebih Banyak Laporan Polis Dijangka DiBuat Ke atas Ahmad Said


26 Rabi'ul awal 1433H,


Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap satu kenyataan fitnah jahat yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari 2012, di ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan dengan tajuk besar bahawa PAS 'PARTI AJARAN SESAT’.

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin bin Hassan (Gambar) bersama barisan pimpinan DPPM. Ia akan dibuat pada 20 Februari 2012 (Isnin) pada pukul 10 pagi.

Manakala laporan polis di peringat negeri akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri/Wilayah pada tarikh dan masa yang sama. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah yang berkenaan.

Pada Rabu 8 Februari, Ahmad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada , dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Ekoran tuduhan melampau Ahmad itu, PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataan dan tuduhannya, bahawa PAS adalah merupakan "parti ajaran sesat". 

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

“sebagai salah seorang ahli PAS dan pimpinan PAS pada malam ini saya nak respons kepada kenyataan Dato’ Ahmad Said yang sangat menghina PAS, saya nak sebut pada malam ini saya nak minta dia tarik balik (kenyataannya) dalam masa tiga hari ini,

“dan InsyaAllah saya akan berunding, dengan Tuan Haji wahid dan pimpinan,  dan lusa ada mesyuarat (PAS) Pusat, saya akan berunding dengan pihak pusat, apa yang sepatutnya, selepas daripada tiga hari sekiranya, dia tidak tarik balik dalam masa tiga hari,”tegasnya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu, Khamis 9 Februari.-BO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.