Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Piala Uber: Malaysia tewas kepada Singapura 2-3

Diterbitkan oleh: Editor@WD
Isnin, Februari 20, 2012

Perseorangan negara, Tee Jing Yi mengembalikan pukulan terhadap pemain Singapura, Gu Juan perlawanan pusingan penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau . Jing Yi menang 21-13, 10-21, 21-15. | foto NST
Skuad wanita negara tewas 2-3 kepada Singapura pada perlawanan pusingan penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau, China.

Malaysia meraih dua mata menerusi perseorangan pertama negara Tee Jing Yi yang menewaskan Gu Juan 21-13, 10-21 dan 21-15 manakala beregu negara Vivian Khoo dan Wong Pei Tty menundukkan pasangan Chen Jiayuan dan Thng Ting Ting 21-14,21-14 dalam masa 31 minit.

Singapura memulakan kempen kemenangan dengan memperoleh mata pertama menerusi beregu Yao Lei dan Shinta Mulia Sari yang pasangan negara Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo 21-13, 21-16.

Perseorangan kedua Singapura Fu Mingtian terus mengumpul mata kedua apabila menewaskan pemain negara Sannatasah Saniru 21-12, 21-15 dalam masa 29 minit.

Perseorangan ketiga Singapura Liang Xiaoyu menutup tirai perlawanan dengan mengatasi pemain negara Yang Li Lian 21-14, 21-17.

Skuad negara gagal meraih slot terakhir ke pusingan akhir Piala Uber, yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini setelah tewas pada dua perlawanan sebelum ini, ketika bertemu Indonesia dan Hong Kong.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.