Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELESAIKAN MASALAH BATU CAVES DULU

3.7j belum daftar, mampukah Pakatan ke Putrajaya?
Posted on Thursday, February 09 @ 23:40:28 PST by tokdalang


Oleh Amin Iskandar
Seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemNONEilih. Undang-undang di Malaysia menetapkan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dalam pilihan raya.

16.1 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun keatas. Hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi.


Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu.
Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun, menurut Wan Ahmad.

3.7 juta adalah angka yang besar. Jumlah pengundi sebesar itu mampu mempertahankan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan.

Mengapa ramai tidak mendaftar sebagai pengundi?
Melihatkan angka yang besar sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi, pasti ada masalahnya.

Adakah kerana sistem untuk mendaftar sebagai pengundi terlalu rumit di Malaysia?
NONEMungkinkah ramai yang tidak tahu dimana untuk mendaftar?

Apakah Malaysia memerlukan satu sistem pendaftaran pengundi secara automatik supaya rakyat yang berumur 21 tahun keatas secara automatiknya menjadi pengundi?

Parti-parti politik dan NGO yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar kepada SPR bagi mendaftarkan pengundi tidak begitu agressif bekerja?

Adalah lebih baik, badan-badan akademik melakukan kajian atau survey untuk mencari jawapan kepada permasalahan ini.
Sejarah pilihan raya

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang BN (dahulu Perikatan) telah memenangi kesemua 12 PRU di negara ini. Daripada 12 PRU, hanya dua kali mereka hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen iaitu dalam PRU 1969 dan PRU 2008.

may 13 generic may13 riot racial race communal 190507PRU 1969 melahirkan sejarah berdarah 13 Mei. Tragedi 13 Mei menyebabkan Tun Razak melakukan penjenamaan semula Perikatan menjadi BN.

Penjenamaan semula memberikan kemenagan besar kepada BN. Apatah lagi apabila parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan menyertai gabungan politik tersebut. PAS kemudiannya keluar dari BN.

PRU 2008 menyebabkan Tun Abdullah Badawi turun dari takhta lebih awal. Abdullah disalahkan kerana BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan beberapa negeri tumbang kepada PR.

Datuk Seri Najib Razak naik sebagai perdana menteri pada tahun 2009 dalam keadaan BN lemah.

Persamaan di antara Najib dan arwah ayahnya adalah kedua-dua mereka mengambil alih kepimpinan negara pada ketika parti mereka tidak begitu kuat.

NONEPerbezaannya pula adalah Tun Razak (tengah) lebih radikal. Menjenamakan semula Perikatan menjadi BN. Membawa masuk Tun Dr Mahathir yang dipecat oleh Tunku Abdul Rahman (kiri) kembali kepada Umno.

Sementara Najib belum begitu berjaya meyakinkan Umno untuk bersamanya dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya.

Program transformasinya “disabotaj” secara terang-terangan oleh “golongan garis keras” dalam Umno.
PRU 13 kritikal

PRU 13 dikatakan akan menjadi “ibu segala pilihan raya” di Malaysia. BN mahu terus mempertahankan kuasa. PR pula mahu mengambil alih kuasa.

NONEBN yakin Malaysia masih di bawah mereka. Gagasan 1Malaysia dan transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib dikatakan memikat majoriti rakyat Malaysia.

Pakatan pula yakin mampu menawan Putrajaya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengulangi kenyataan bahawa BN akan tumbang dalam PRU 13.

Apabila melihat angka 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, kedua-dua BN dan PR tidak dilihat serius untuk mencapai cita-cita mereka.

BN sekurang-kurangnya mempunyai seluruh jentera kerajaan bersama mereka. Sabah dan Sarawak pula dikatakan masih menjadi “fix deposit” kepada parti yang memerintah semenjak merdeka itu.

NONEBagi Pakatan yang ingin mengambil alih kuasa, bukankah pendaftaran pengundi baru secara agressif penting bagi merealisasikan cita-cita?

Apatah lagi dua juta pengundi yang belum mendaftar terdiri dari orang-orang Melayu. 60 peratus dari dua juta itu berumur dibawah 40 tahun.
Nak ke Putrajaya, kena kerja keras

Pakatan kini mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat Cina. Masyarakat Melayu di pendalaman majoritinya masih bersama BN.

Peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu muda adalah mendaftarkan mereka sebagai pengundi secara agressif.

Lihat bagaimana Parti Demokrat menghantar Barack Obama ke Rumah Putih. Bukankah pendaftaran pengundi baru menjadi strategi utama mereka?
putrajaya 120505 admin buildingMungkin sudah sampai masanya sayap-sayap pemuda dalam Pakatan mula mendaftarkan pengundi secara agressif jika benar-benar ingin ke Putrajaya.

Program seperti ceramah umum yang dihadiri ribuan orang terbukti tidak banyak membantu dalam kemenangan pilihan raya. Ianya lebih kepada “masturbasi politik” kerana kebiasaannya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar.
J
ika jumlah kehadiran dalam ceramah dan komen-komen di internet dijadikan ukuran kekuatan sesuatu parti politik, tidak hairanlah mengapa BN menang dalam semua PRU yang dipertandingkan di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.