Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tembok Johor kubu kuat Umno bakal diroboh
Posted on Tuesday, February 21 @ 21:26:40 MYT by paktam

  KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor meluahkan keyakinan akan dapat mehttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/salahhuddin-ayub.jpgnerajui Johor sekali gus memadamkan stigma bahawa negeri itu kubu kuat Umno- BN, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. 
 
Beliau yang diuar-uarkan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yakin dengan sokongan yang diperlihatkan rakyat mutakhir ini mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat di sana (Johor).

Salahuddin berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri ini bukan menjadi matlamat utama mereka.
 
“Soal siapa jadi Menteri Besar, itu perkara tidak berapa penting. Tetapi apa yang menjadi keutamaan ialah memastikan PR menang di Johor pada PRU13,” ujarnya.

“Saya lihat politik perkauman tidak ada tempat dalam negara mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan menjadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini,” katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat di Johor barubaru ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Salahuddin juga menegaskan hanya akan memberi kepastian sama ada dirinya bertanding di Johor, akhir bulan ini.

Sementara itu, desas-desus untuk meletakkan Salahuddin sebagai Menteri Besar Johor semakin kuat apabila pemilihan beliau mendapat lampu hijau Pakatan Rakyat Johor.

Pengerusi KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng mengakui tindakan PAS membawa balik Salahuddin untuk bertanding di negeri ini memberi peluang besar dalam usaha Pakatan Rakyat menakluki Johor.

“Dia (Salahuddin) berasal dari Tanjung Piai dan dia seharusnya balik ke Johor. Beliau akan membantu mengetuai PAS dalam PRU13 dan KeADILan Negeri mengalu-alukan kepulangannya ke sini,” tegas bekas Menteri Kesihatan itu.

Pakatan Rakyat belum berbincang siapa menjadi Menteri Besar, tetapi fokus utama adalah kemenangan pada PRU13, katanya.

Apa yang penting kehadiran Salahuddin bertanding di Johor akan memberi nilai tambah yang besar kepada Pakatan Rakyat di Johor, katanya.

“Beliau merupakan calon yang progresif PAS dan diterima semua kaum. Beliau adalah calon muka baru bagi Johor dan akan membantu Pakatan Rakyat menang di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Jui Meng juga tidak menolak kemungkinan PKR akan mengikut jejak langkah PAS untuk menurunkan calon dari Pusat bagi bertanding di kerusi di negeri ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.