Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH JADI BERAS JATI, SEMUA ORANG BOLEH MAKAN

Selasa, 21 Februari 2012


Hasan Ali pelawa bukan Islam sertai Jati...hi..hi...macam tu la plak..!!!

Kaum lain termasuk masyarakat Cina dan India di negara ini dipelawa menyertainya dan akan bertindak sebagai ahli kehormat.
SHAH ALAM: Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menegaskan keanggotaan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu beragama Islam tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat menyertainya.

Katanya, kaum lain termasuk masyarakat Cina dan India di negara ini dipelawa menyertainya dan akan bertindak sebagai ahli kehormat.

Bekas Exco Selangor itu berkata perkara itu tidak menjadi satu masalah jika bersetuju untuk memegang tiga prinsip Jati yang memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR).

“Mereka boleh bersama kita memberi idea dan sumbangan tetapi tidak boleh mengundi untuk menentukan sesuatu keputusan dalam mesyuarat,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Jati di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan Jati bersifat rasis dan mempunyai agenda tersembunyi yang hanya akan mementingkan kemajuan kaum Melayu sahaja serta meminggirkan kaum lain.

“Saya juga tidak akan menggunakan nama Jati untuk berkempen atas nama politik,” tegasnya.

Hassan berkata, setakat ini pihaknya menerima sambutan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertai pergerakan itu dan penyertaan sehingga kini sudah mencecah 1,000 keahlian.
Individu murtad 
 
Sementara itu, Hassan berkata pihaknya akan mendedahkan video eksklusif pengakuan individu yang dimurtadkan kepada umum dalam masa terdekat.

Katanya, antara individu tersebut termasuk pengakuan sepasang suami isteri yang dibaptiskan dan kembali semula kepada ajaran Islam selepas diselamatkan oleh Unit Selamatkan Akidah (USA).

USA menurut Hassan adalah satu badan khas yang ditubuhkan olehnya semasa memegang jawatan Exco Selangor dan masih diteruskan walaupun tidak lagi memegang portfolio agama.

“USA sebagai badan bebas masih bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor kerana di sana bantuan yang disediakan lebih lengkap bagi golongan murtad yang ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.