Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKAN TUMBANGKAH BN PADA PRU 13 ?




Situasi selepas Parlimen bubar lebih menakutkan BN
Posted on Thursday, April 05 @ 09:49:06 CDT by paktam
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

BN pernah melalui pengalaman ditipu PBS apabila mengumumkan keluar BN selepas hari penamaan calon. Ketika itu BN sangat stabil, cuma PBS yang buat hal. Di zaman Najib ini MCA dan Gerakan semakin hilang kepercayaan terhadap BN. Sudah ada khabar angin bahawa sedang berlaku rundingan sulit antara DAP dan Gerakan. Parti-parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak pun tidaklah sesetia mana sekarang.


RAMALAN bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada November 2011 tidak menjadi kenyataan. Demikian juga ramalan pilihan raya pada Mac 2012. 
 
Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti.

Faktor terpenting untuk berlakunya PRU di Malaysia ialah waktu di mana parti pemerintah (BN) dijangka mampu menang. Hari ini sudah tidak banyak negara dalam dunia yang menjadikan tarikh pilihan raya sebagai bahan spekulasi. Segelintir negara, yang termasuklah Malaysia itu, kebanyakannya adalah negara yang sangat primitif amalan demokrasi dan diperintah oleh kerajaan separa diktator.
 
Adakah jika PRU diadakan bulan Jun maka BN akan menang besar atau sekurangkurang mereka terus berkuasa di Pusat? Ia bergantung kepada kajian profesional yang mereka lakukan.

Sejak pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, hingga ke saat ini BN telah berhabishabisan menabur umpan untuk mendapat sokongan rakyat.

Berbilion-bilion ringgit wang Situasi selepas Parlimen bubar lebih menakutkan BN rakyat telah digunakan untuk 'membeli' sokongan rakyat.

Bekas Menteri BN, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan bahawa BN menang selama ini dengan membeli sokongan. Maka sejarah bakal tercatat bahawa pembelian sokongan rakyat untuk PRU13 ini adalah yang termahal dalam sejarah Malaysia.

Selepas BN menghamburkan wang yang banyak kepada rakyat maka, tahap sokongan akan dinilai sebelum Parlimen dibubarkan atau tidak. PRU12 lalu juga Parlimen dibubarkan selepas Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi mendapat isyarat bahawa BN akan menang dua pertiga.

Tapi keputusan PRU12 lalu tidak menunjukkan seputusan seperti kajian yang dilakukan.
Kononnya peralihan sokongan daripada BN ke Pakatan Rakyat sebanyak lima peratus berlaku selepas Parlimen dibubarkan. Pengalaman ini sangat menakutkan BN untuk menghadapi PRU kali ini kerana pergerakan sokongan rakyat Malaysia hari ini tidak seperti dua dekad lalu. Ia berubahubah dengan pantas macam pergerakan di bursa saham.

Sebabnya dalam dunia tanpa sempadan hari ini, maklumat juga boleh sampai kepada rakyat dengan pantas.

Faktor perubahan segera selepas Parlimen dibubarkan juga berlaku kerana penyerlahan semasa kekuatan pembangkang di akar umbi yang mengubah mood rakyat. Dalam situasi yang ada sekarang, dalam suasana demokrasi primitif, mood rakyat seolah-olah ditentukan sepenuhnya oleh parti yang memerintah.

Dengan penguasaan terhadap jentera kerajaan dan media, sekarang BN dilihat mendapat sokongan besar dan pembangkang dipamerkan sudah hampir berkubur.

Pembangkang yang ketinggalan jauh dalam aspek logistik buat masa ini hanya mampu melihat dengan mata putih akan kelebihan BN itu.

Sebaik Parlimen dibubarkan, kekuatan akar umbi pembangkang atau PR pula akan terserlah secara mendadak.

Seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS akan menghurung markas macam kelekatu. Tenaga sukarelawan ini akan muncul dengan banyaknya bermula dari profesional di menara gading hinggalah ke petani kampung di pedalaman.

Kumpulan senyap yang selama ini menyorok sokongan di atas faktor kepentingan tertentu pada masa itu tidak akan menyorok lagi. Sekalipun masih tidak setanding dengan kekuatan logistik BN yang menyalahgunakan jentera kerajaan tetapi situasi itu mampu mengubah mood rakyat.

Maknanya situasi selepas Parlimen dibubarkan akan berbeza dari suasana semasa ketika ini. Lagi faktor yang menakutkan BN selepas Parlimen dibubarkan ialah penentuan calon. Sekarang, jika kajian dilakukan maka semua ahli parti komponen BN akan menyokong BN dan menolak PR. Selepas calon diumumkan, ahli parti komponen BN itu mungkin akan terus menyokong BN cuma undi untuk calon BN saja yang tidak diberi, sebab calon bukan dari kroni mereka. Apa erti sokongan tanpa undi?

Macam biasa setiap PRU akan ada pemimpin yang tersingkir daripada parti apabila tidak terpilih sebagai calon. Situasi kali ini lebih mencabar BN kerana bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah bertekad akan terus jadi calon, walaupun ada ura-ura bahawa Umno akan menyingkirkannya kerana beliau sudah jadi 'duri dalam daging' dalam Umno.

Himpunan golongan yang tersingkir akan membentuk kekuatan baru untuk menyanggah Umno. Ku Li dan Kadir Sheikh Fadzir berganding dalam NGO bernama AMANAH yang bakal menjadi ancaman kepada BN.

BN sudah mengalami tahap perpecahan yang sangat kompleks kerana usia tuanya. Di samping konfik dalaman parti tidak terurus, konflik antara parti komponen juga dijangka tidak terbendung dalam PRU13 nanti. BN pernah melalui pengalaman ditipu PBS apabila mengumumkan keluar BN selepas hari penamaan calon.

Ketika itu BN sangat stabil, cuma PBS yang buat hal. Di zaman Najib ini MCA dan Gerakan semakin hilang kepercayaan terhadap BN. Sudah ada khabar angin bahawa sedang berlaku rundingan sulit antara DAP dan Gerakan. Parti-parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak pun tidaklah sesetia mana sekarang, lebih-lebih lagi setelah melihat keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang menunjukkan BN sudah hilang kekuatan. Siapa kata Najib tidak cemas menghadapi situasi ini?

Di pihak Pakatan, dua bulan adalah masa yang terlalu singkat. Pembahagian kerusi dan penentuan calon sepatutnya sudah selesai. Bilik gerakan, jentera dan logistik sepatutnya sudah tersedia sepenuhnya. Semua tenaga seharusnya berada di medan perang sekarang.

Alhamdulillah nampaknya PAS mendahului rakan Pakatan yang lain dari semua aspek untuk menghadapi PRU13.

Rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain pun kena begitu juga. PRU13 adalah 'perang terbesar'

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.