Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMARAN PENIPUAN PRU 13




Siap siaga hadapi ‘silap mata' PRU-13
Posted on Tuesday, April 03 @ 07:24:50 CDT by paktam
Oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

PAS Wilayah Persekutuan memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya bersiap siaga menghadapi apa jua tipu daya yang bakal tersingkap menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
 
Ini berikutan dengan laporan media yang menyatakan bahawa terdapat 17 buah kerusi Parlimen mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus bilangan pengundi sejak pilihan raya umum 2008.

Parlimen tersebut merangkumi kawasan kubu kuat BN seperti Parlimen Pekan di Pahang, Gua Musang di Kelantan, Bukit Gantang, Gopeng (Perak), Hulu Selangor, elayang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang dan Kota Raja di negeri Selangor.

Tujuh lagi kerusi terdapat di negeri Selangor yang ditadbir Pakatan, masing-masing tiga di Perak dan Johor, dua di Pahang dan masing-masing satu di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kerusi Parlimen Pekan dan Gua Musang mencatatkan peningkatan undi kerana kemungkinan pihak tertentu merasa cemas dalam mempertahankan kedudukan mereka sehingga sanggup menaikkan jumlah bilangan undi sebanyak 20 peratus.

Sebaliknya, di parlimen yang dimenangi oleh Pakatan, ada kemungkinan pihak tertentu yang mahu merampas Parlimen tersebut dengan usaha peningkatan undi luar biasa itu.

Oleh yang demikian, PAS Wilayah Persekutuan mengingatkan persiapan jentera Pakatan bukan hanya perlu tertumpu kepada aspek yang biasa sahaja, malah juga merangkumi perkara yang luar biasa dan di luar kotak pemikiran yang normal.

Sudah banyak petanda perkara-perkara pelik berlaku seperti pertambahan jumlah pengundi pos, pengundi yang dipindahkan tempat mengundi, pengundi yang hilang dalam senarai daftar pemilih, pengundi ragu, pengundi yang mempunyai alamat yang sama dan peningkatan jumlah undi mendadak di beberapa buah parlimen.

PRU ke-13 adalah penentu hidup dan mati sebuah kuasa yang telah bertapak lama di negara ini. Bukan mudah mencabut kuku kekuasaan yang telah lama mencengkam. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan mereka berada di persada kuasa buat beberapa penggal lagi.

Kekalahan adalah istilah yang paling mengerikan dalam hidup mereka, justeru, mereka sanggup bermati-matian mempertahankan kuasa mereka walau mungkin mencalar nilai demokrasi di negara ini.

Seperti yang pernah diungkapkan oleh perdana menteri "untuk pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir", tidak mustahil akan banyak lagi berlaku silap mata menjelang atau semasa PRU ke-13.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.