Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH UMNO/BN JADI JAGOH KAMPUNGAN ?

Najib bergantung kepada trek rekod, idea untuk menang pilihan raya

April 10, 2012
 
KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Najib Razak bergantung kepada idea, trek rekod dan berharap rakyat Malaysia akan memilih pihak yang berpengalaman menentang Pakatan Rakyat (PR) untuk menang pada pilihan raya akan datang, jelas pihak yang terlibat dengan kempen perdana menteri.

Pengerusi BN itu malam tadi ketika siaran langsung di televisyen tempatan menuntut pengundi Cina untuk pentadbirannya melaksanakan perubahan dengan berkata “perjalanan telah bermula, dan kami telah berjaya melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tiga tahun ini” sejak beliau memegang tampuk pemerintahan.

The Malaysian Insider difahamkan tema itu diulang-ulang oleh diplomat BN sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan mereka memperoleh kembali dua pertiga majoriti Parlimen dan negeri yang tewas pada pilihan raya 2008.

Turut difahamkan sekurang-kurangnya satu parti komponen BN, MCA, bersiap sedia untuk berkempen bagi membuktikan kepimpinan Najib (gambar)  berbanding pemimpin PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malahan, beberapa laman web pro BN turut di wujudkan sejak beberapa bulan lalu bagi mempromosikan pentadbirannya itu.

“Kempen itu mudah. Najib mempunyai idea dan trek rekod yang tidak dimiliki oleh pembangkang,” kata pemimpin Umno yang berpengaruh kepada The Malaysian Insider.

“Umno mampu membuktikan mereka sudah melakukan banyak perkara sejak Merdeka. MCA akan membantu dengan membandingkan pentadbiran Najib dengan mereka yang berada di dalam Pakatan, yang mana ada antara mereka terlalu uzur, dan tidak berpengalaman melakukan tugas,” tambahnya.

Diplomat luar turut telah diberikan taklimat oleh rakan mereka dari Malaysia bahawa perdana menteri keenam ini bergantung kepada pelan transformasinya dan juga trek rekod sepanjang tiga tahun memerintah.

 “Mereka menjelaskan kepada kami beliau adalah orang yang terbaik untuk melaksanakan tugas, sama ada di dalam Umno mahupun di luar parti,” jelas diplomat dari Eropah kepada The Malaysian Insider, dan menambah beliau turut diberitahu Najib memerlukan mandat peribadi untuk memberikan kesan terhadap “pembaharuan negara ini.”

“Sesetengah pegawai kerajaan terdapat rintangan terhadap idea Najib melaksanakan pembaharuan ke atas negara ini, namun kemenangan akan mengatasi perkara itu,” kata seorang lagi diplomat kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya, Najib dijangka akan membincangkan ideanya dan komitmen untuk melakukan perubahan apabila bertemu Perdana Menteri British David Cameron minggu ini dan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev minggu berikutnya.

Penganalisis turut bersetuju Najib telah melaksanakan banyak perkara sejak tiga tahun ini apabila menggantikanTun Abdullah Badawi namun menjelaskan “gaya kempennya itu” ada kekurangan.

“Memang tidak dinafikan Najib telah melakukan banyak perkara yang lebih efektif berbanding Pak Lah, dengan mengemukakan pakej yang lebih komprehnsif untuk setiap lapisan dan berharap akan merubah negara ini,” kata penganalisis politik Dr Ong Kian Min said, merujuk kepada 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan Model Ekonomi Baru (NEM), dan agensi pelaksana seperti Pemandu, TalentCorp, InvestKL dan Agensi Innovasi.

Namun begitu, jelasnya, cabaran utama yang perlu dihadapi Najib adalah “beliau terlalu dominan menggunakan platformnya dan ini melihatkan rakan Kabinetnya dan pemimpin BN seperti tidak mempunyai idea mereka sendiri dan “setiap polisi  transformasinya, beliau turut akan melakukan 'U-turn,” sepertimana pengecualian NEP di dalam NEM, “bercakap tentang 1 Malaysia tapi masih lagi bertemu pemimpin Perkasa dan Pekida, termasuk membuat rayuan terhadap hukum Allah.”

Saintis politik Dr James Chin berkata, gaya kepimpinan Najib itu mungkin diterima masyarakat luar bandar, tapi tidak di kawasan bandar. “Di luar bandar, jentera Umno sangat kuat.

“Masalahnya sekarang, sementara 1 Malaysia masih kuat dengan pemberian wang tunai kepada golongan berpendapatan rendah, pengundi akan merasakan mereka menyukai Najib, tapi membenci Umno. Dalam situasi itu, tindakan logik yang akan dibuat adalah sama ada pengundi akan merosakkan undi, ataupun tidak mengundi,” jelas ahli akademik di Monash University, Sunway ini.

Chin turut menjelaskan, beliau khuatir kempen Najib itu akan membuatkan beliau kehilangan Putrajaya dan kerusi Umnonya.

“Masalah utama sekiranya beliau menunjukkan prestasi yang buruk dalam PRU, beliau akan menanggung beban dengan gaya kempen tersebut. Beliau tidak mampu untuk berkongsi kesalahan,” katanya.

Chin turut menjelaskan, MCA, MIC, dan Gerakan termasuk komponen parti BN memperlihatkan sokongan terhadap gaya kempen sedemikian terutamanya sewaktu lawatan ke setiap negeri di negara ini.

“Dengan cara ini mereka tidak akan ditanya soalan bagaimana keadaan presiden parti, terdapat banyak masalaj pemimpin parti komponen BN,” tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.