Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAK KERUSI BN JOHOR AKAN HILANG ?

Tuesday, April 10, 2012

Najib, Muhyiddin dan Ghani makin tertekan di Johor ??

Semenjak Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Mahfodz umumkan Salahuddin Ayub sebagai calon bakal Menteri Besar Johor dari PAS, Umno BN Johor semakin tertekan. 
Dah berapa kali dalam tahun ni saja Najib dan Muhyiddin turun ke Johor untuk tawan balik hati pengundi di Johor. Najib dan Muhyiddin turun bukan dengan tangan kosong tapi setiap kali turun, ada saja janji projek pembangunan mega untuk rakyat negeri Johor. 
Kalau ikut angka yang didedahkan di parlimen hasil soalan bertulis YB Firdaus Jaafar, untuk negeri Johor jumlah peruntukan segera yang Najib dan Muhyiddin luluskan untuk tahun ni saja berjumlah RM201.40 juta kedua tertinggi selepas Perak. Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer. 

Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 Tak cukup dengan jumlah sebesar tu, dua hari lepas, Najib dan Muhyiddin turun lagi ke Johor. 

Kali ni untuk merasmikan program 'Buku Nota Jelajah Janji Ditepati'. Najib bukan saja setakat rasmi program tu tapi umumkan lagi tambahan peruntukan segera berjumlah RM9juta, RM6juta untuk pembinaan pasar baru Batu Pahat dan RM3juta untuk pembinaan pasar borong Batu Pahat. Aku pun tak pasti macamana rupa program 'Buku Nota Jelajah Janji Ditepati' tu, tapi kalau tengok ke tajuk tu nampak macam mungkin program mega juga pasai ada perkataan 'jelajah'. 

Mungkin lepas ni depa berdua akan jelajah ke seluruh Johor untuk tengok semua yang depa dah janji selama ni yang belum ditunaikan. Pada aku, program macam tu menggambarkan betapa Najib, Muhyiddin dan Ghani Othman tak senang duduk dengan tahap sokongan rakyat negeri Johor kepada Umno BN. 

Memang pun Najib dan Muhyiddin tak boleh benarkan Johor terlepas ke tangan Pakatan Ramyat. Kalau Johor pun terlepas, di mana lagi Umno BN nak hidup. Nampaknya memang tak silap strategi PAS dan Pakatan Rakyat negeri Johor memasyhurkan Salahuddin Ayub sebagai bakal Menteri Besar Johor.

Bharian melaporkan: BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak pernah lari daripada berpaksikan kepada rakyat dalam apa saja perancangan dan dasar yang dilakukan. Perdana Menteri berkata, pelbagai dasar yang dilaksanakan selama ini adalah berkonsepkan memenangi hati rakyat.


"Hari ini rakyat didahulukan, falsafah ini akan terus diperjuangkan," katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Stadium Batu Pahat. Kira-kira 70,000 orang menghadiri program anjuran Kumpulan Media Prima itu. Hadir sama, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. - Bharian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.