Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENTUK TENTERA AHZAB YANG BARU

PENDEDAHAN MAHFUZ DAN MAT SABU PERLU DIAMBIL SERIUS, NEGARA SUDAH SAMPAI SATU TAHAP YANG SANGAT MEMBIMBANGKAN

 

Mengeluarkan kad pengenalan yang baru kepada rakyat asing dan menaik tarafkan kad pengenalan merah kepada biru  bagi membolehkan rakyat asing mengundi bagi pehak BN adalah suatu yang tersangat jijik dan kotor dalam percaturan politik tanah air, pendedahan isu ini dilihat sebagai tindakan yang sangat terdesak oleh kerajaan BN/UMNO untuk mengekalkan kuasa mereka di negara ini perlu diambil tindakan segera

Pendedahan dengan menyertakan bukti kokoh nama-nama yang terlibat didalam isu memproses kad pengenalan negara kepada rakyat asing supaya mereka layak membuang undi bagi pehak BN sangat luar biasa dan ia dilihat sebagai ikhtiar BN yang sangat bahaya dan sangat terkotor di negara ini dan dianggap sebagai menggadaikan maruah negara.
 
YB Mahfuz telah mendedahkan isu ini didalam Parlimen dan mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat yang dikaitkan dengan kroni Perdana Menteri sendiri, sementara penceramah-penceramah Pakatan Rakyat pula menumpukan isu ini sebagai isu yang UTAMA dimasa terkini kerana ia dilihat sebagai isu yang sangat bahaya yang perlu diambil tindakan serta merta oleh kerajaan atau isu ini akan menjadi isu bermulanya tindakan yang melibatkan pertumpahan darah.
 
Telah dinyatakan juga dengan bukti kokoh tempat memproses kad pengenalan baru dan tempatnya sekali yang dikatakan dibuat diluar pejabat pendaftaran kerajaan ertinya jika hendak membuat penyiasatan jangan pergi ke pejabat kerajaan yang sedia ada untuk kerja siasatan melainkan pendedahan perlu dibuat secara berterus terang dan kerja pendedahan ini juga dilihat sebagai yang sangat bahaya melainkan biar pehak kerajaan sendiri yang mengakuinya secara terangan namun ia dilihat sebagai perbuatan yang sangat aib pula ibara telan mati bapa diluah mati pula anak
 
Apabila kerja kotor ini telah terbongkar maka aib yang amat sangat perlu ditanggung oleh pehak yang merancang kerja khianat ini namun mereka mungkin tiada pilihan kerana keadaan masa yang sangat terdesak untuk mereka mengekalkan kuasa yang sangat-sangat mereka perlukan sekalipun ia dianggap membujur lalu melintang patah, ibarat menang jadi arang kalahpun jadi arang juga, walau apapun isu ini perlu didedahkan secara jelas
 
Mengundang rakyat asing dengan membekalkan kepada mereka dokumen bagi membolehkan mereka menjadi pengundi untuk memenangkan  BN  sehingga terbentuknya sebuah  kerajaan adalah dianggap sebagai mengupah tentera upahan atau sebagai tentera ahzab bentuk yang baru, nampaknya apa yang telah berlaku dizaman nabi dahulu maka berlaku juga dizaman ini cuma bentuk yang berlainan akan tetapi matlamatnya adalah satu iaitu untuk mengekalkan kuasa atau membentuk sebuah kerajaan yang palsu yang mengundang kemarahan rakyat
 
Kita telah mendengar cerita yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan dibanyak negara terutamanya di sekitar timur tengah tentang tentera bersekutu yang campur tangan atas undangan kerajaan yang hampir tumbang meminta pertolongan daripada kuasa luar bagi mengekalkan kuasa mereka dan hari ini kita dapat mendengarkan cerita yang sama di negara kita yang mana tentera ahzab ini masih diperlakukan bagi membantu sebuah negara yang pemerintahnya hampir tumbang, nampaknya apa yang berlaku dahulu maka akan juga berlaku dizaman ini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.