Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERIKAN ALASAN MELAYU TERPINGGIR




Hapus PTPTN Melayu Tergugat Alasan Pak Pandir
Posted on Monday, April 09 @ 09:14:10 CDT by paktam
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. 

Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno.

Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta. Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa.
 
 Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit. 
 
Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian terakhir Umno untuk menyelamatkan kuasa mereka. Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir 55 tahun. Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat. 

Jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk hapus PTPTN maka lebih baik serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan. Najib rasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang. 

Bukan mustahil Najib akan istiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac 2012. Walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskan, kerana ini melibatkan perjanjian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.