Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BODOH PUNYA CINA




Apabila Wee Ka Siong kena ‘boo’...
Posted on Monday, April 02 @ 01:00:00 CDT by paktam
Oleh LIM HONG SIANG

PADA tahun 1987, satu perhimpunan besar-besaran di Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur, mendesak kerajaan menarik balik keputusan menghantar guru tidak fasih bahasa Cina untuk mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina). 

Sungguhpun daripada wadah politik yang berbeza, MCA dan DAP sanggup bersemuafakat dengan Dong Jiao Zong (pertubuhan yang memperjuangkan pendidikan aliran bahasa Cina) dalam isu ini


Malah, Naib Presiden MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, Woon See Chin mengumumkan kesediaan dirinya untuk meletak jawatan seandainya isu ini tidak diselesaikan.
 
Suku abab telah berlalu. Masalah pendidikan aliran bahasa Cina berlanjutan. Guru masih kekurangan, lantas guru yang tidak fasih bahasa Cina dihantar untuk mengisi kekosongan itu.

Kekurangan guru berlaku bukan kerana tiadanya anak muda yang berminat menjadi guru, tetapi kepincangan yang berlaku ketika pengagihan guru. Guru yang fasih bahasa Cina dihantar ke sekolah yang tidak mempunyai keperluan itu, sebaliknya guru yang tidak fasih bahasa Cina, dihantar pula ke SRJK(C).

Maka timbullah kesangsian dan kecurigaan terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional, bahawa inilah dasar dan strategi kerajaan untuk menghapuskan SRJK(C) secara beransur-ansur. Janji ditabur bagai gula setiap kali menjelang pilihan raya umum, dan janji yang sama jugalah dikitar semula pada PRU yang akan datang.

Perhimpunan di Kajang pada 25 Mac 2012 menyaksikan kehadiran hampir 10,000 orang untuk meluahkan ketidakpuasan ini. Mungkin kita perlu maklum bahawa Dong Jiao Zong mengalami perselisihan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Jumlah 10,000 ini dijangkau dalam keadaan pertelagahan ini belum dibubuh noktah. Bayangkan, seandainya tiada pertikaian terhadap pimpinan Dong Jiao Zong sedia ada, mungkin Kajang akan dibanjiri lautan manusia yang bergelora hatinya.

Mungkin Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong daripada MCA ingin meneladani Woon See Chin apabila mengambil keputusan untuk tampil ke perhimpunan ini. Barangkali beliau menjangkakan kehadiran dirinya bakal disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh.

 Ia mungkin satu percaturan untuk meraih sokongan masyarakat Cina, dan dijadikan modal untuk dirinya mendaki tangga kuasa – seandainya MCA kalah teruk dalam PRU13 dan Chua Soi Lek terpaksa berundur.

Di luar dugaan, beliau disambut dengan sorakan “boo”, apabila beliau tiba dan ketika beliau meninggalkan situ. Lebih-lebih lagi, setiap kali nama Wee Ka Siong disebut, pasti akan dibalas dengan “boo”. Malah Wee mendakwa dirinya hampir ditumbuk oleh seorang peserta perhimpunan, tapi sempat ditangkis polis yang melindunginya.

Terpulanglah kepada siasatan polis untuk mengenal pasti sejauh manakah benarnya tuduhan Wee Ka Siong bahawa dirinya ditumbuk – sungguh pun kita tidak bersetuju untuk menggunakan keganasan dalam menyelesaikan masalah ini.

Berbalik kepada isu pokok, mengapa berlaku perbezaan yang ketara antara tahun 1987 dengan 2012? Seringkali Umno mendakwa bahawa masyarakat Cina boleh duduk semeja meskipun berbeza kepartian dalam isu hak dan kepentingan kaum. Lantas masyarakat Melayu-Islam dipujuk (diugut?) agar bersatu untuk berdepan dengan tuntutan masyarakat Cina, yang dianggap bakal menghakis kepentingan Melayu.

Namun, zaman itu telah berlalu. Kalau tidak, Wee Ka Siong akan menjadi juara yang disanjung dan dipuja pada Ahad lalu. Tiada rasa hormat langsung untuk pemimpin MCA ini, meskipun Wee Ka Siong mungkin menganggap dirinya Timbalan Menteri Pelajaran yang paling lantang membela hak masyarakat Cina dalam sejarah MCA. Apa yang berlaku adalah penghinaan secara terbuka yang habis-habisan terhadap Wee dan MCA. Jelas, berbeza dengan tahun 1987, parti Cina ini tidak lagi diiktiraf sebagai “rakan seperjuangan” masyarakat Cina.

Retorik murahan bahawa “Cina perlu bersatu untuk tuntut lebih kepentingan kaum” tidak selaku dulu pada zaman ini.

Masyarakat Cina, khususnya komuniti yang berbahasa Cina, hilang kepercayaan terhadap MCA. Presiden MCA Chua Soi Lek menyindir bahawa demonstrasi gagal menyelesaikan masalah.

Namun, janji demi janji bukan juga penyelesaiannya. Masalah kekurangan guru di SRJK (C) berlanjutan untuk puluhan tahun. Ramai yang tersentuh apabila satu gambar di mana seorang budak dengan kadnya menulis, “Pada zaman ayah saya, kekurangan guru. Kini zaman saya, kekurangan guru juga.”

Kekurangan guru bukan satu-satu masalahnya. Hampir kesemua generasi yang belajar di SRJK(C) mempunyai pengalaman mengutip derma secara terbuka untuk sekolahnya. Hampir kesemua ibu bapa mempunyai pengalaman untuk beratur pada larut malam, malah ada yang berkhemah, kerana berebutrebut nak mendaftarkan anaknya di SRJK(C).

 Sudah menjadi sesuatu yang lumrah apabila ibu bapa dikehendaki menderma kepada sekolah, sebagai syarat kemasukan anaknya ke dalam SRJK(C). Mereka yang gagal mendapat tempat di sekolah yang berhampiran dengan kediamannya, terpaksa bangun awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. 

Masalah ini bukan lagi boleh diselesaikan dengan lebih wakil MCA dalam Parlimen mahupun Kabinet. Propaganda “bersatu untuk menuntut hak perkauman” semakin kurang mujarab, lantaran pengalaman “harapkan pagar, pagar makan padi.” Setelah suku abab berlaku sejak tahun 1987, masyarakat Cina kini lebih yakin dengan pembentukan satu sistem yang adil untuk menjamin hak asasi kepada semua.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.