Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI DULU HINGGA KINI UMNO KELANTANTAK HABIS MEREBUT JAWATAN

 

Rabu, 4 April 2012

Punca Kenapa 69 Ahli Umno Kelantan Keluar Parti Sertai Pas

RANTAU PANJANG, 4 April: Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya.

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.
Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.Hrkh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.