Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENDAM

Wednesday, April 18, 2012


Barisan Nasional akui pernah tersilap guna ISA



Barisan Nasional (BN) mengakui pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi 'sebab-sebab yang salah' pada masa lalu tetapi menggesa para pengkritiknya supaya melihat ke arah masa depan dan jangan asyik memikirkan sejarah.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata demikian dalam sesi Dewan Rakyat semalam apabila beliau didesak berulang kali untuk mengulas dakwaan penahanan 'berat sebelah' beberapa ahli politik pembangkang semasa peristiwa Operasi Lalang pada 1987.

'Mengenai insiden 1987... itu adalah insiden yang kami tidak akan ulangi.

'Tetapi, kami mahu lihat ke depan dan tidak mahu memikirkan tentang perkara-perkara berhubung pelaksanaan (ISA) ketika itu,' kata Datuk Seri Mohd Nazri kepada Dewan Rakyat ketika menyimpulkan perdebatan mengenai bacaan kedua Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012.


Menteri veteran Umno itu juga terpaksa menangkis beberapa tuduhan yang ditujukan kepada Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu adalah ketua Pemuda Umno apabila pihak kerajaan melancarkan serbuan ke atas para pemimpin pembangkang pada 1987.

Mencelah, Encik Karpal Singh, Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Bukit Gelugor, meminta menteri itu menjelaskan mengapa Datuk Seri Najib tidak ditahan kerana didakwa mengeluarkan ancaman bersifat perkauman untuk 'memandikan keris dengan darah kaum Cina'.

'Ketua Pemuda Umno, yang hari ini adalah perdana menteri, dengan jelas berkata, selepas menghunuskan kerisnya, bahawa keris ini harus merasakan darah kaum Cina.

'Mengapa beliau tidak ditahan di bawah ISA?' tanya Encik Karpal.
Ops Lalang dilancarkan pada pagi 27 Oktober 1987 untuk menghentikan demonstrasi para aktivis sosial dan ahli politik pembangkang, dengan 106 orang ditahan di bawah ISA ketika itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.