Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA CERITA NI BETUL, MALANG SUNGGUH MALAYSIA

Najib lantik Shafee sebagai peguam kes Scorpene?

Peguam berprofil tinggi, Muhammad Shafee Abdullah telah dilantik oleh Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk satu tugas rahsia mulai 2 April hingga 25 April.

Beliau telah memohon untuk semua kes yang perlu dihadirinya sepanjang waktu tersebut dikosongkan. Permohonan menerusi surat yang bertarikh 23 March itu ditujukan kepada Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan, Md raus shariff dan Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan salinan surat tersebut dihantar kepada Perdana Menteri dan isterinya. 

Sebahagian daripada surat tersebut didedahkan di dewan rakyat oleh Saifuddin Nasution semasa perbahasan tentang Penal Code (pindaan) 2012 hari ini.

Shafee berkata bahawa beliau telah dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, khususnya Najib dan Rosmah, untuk mengambil alih satu tugas sensitif di luar negara yang perlu diselesaikan sebelum pilihanraya umum.

“tugas ini termasuk melawat beberapa ibukota seperti new York, London dan Dubai dan kemungkinan besarnya Paris yang akan berlanjutan hingga tiga minggu, dan sepanjang masa ini, beliau terlibat dalam persediaan intensif seperti berbincang dengan pihak yang terlibat dan juga saksi-saksi, menerumaha saksi-saksi yang berada di New York, London, Paris ataupun Basel, dan menyediakan affidavit.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa lawatan Shafee ke luarnegara ada kaitannya dengan penyiasatan tentang rasuah dalam pembelian dua buah kapalselam Scorpene oleh Malaysia, yang akan membongkar pembunuhan Altantuya Shaaribu, enam tahun lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.