Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAIN BENGKAK LAIN BERNANAH ?

NFCorp mungkin didakwa atas kesalahan lain, kata ketua JSJK

TERKINI @ 05:46:47 PM 09-04-2012
April 09, 2012
 
KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini berkata, National Fidlot Corporation (NFCorp) mungkin akan dikenakan dakwaan atas kesalahan lain daripada siasatan pihak polis.

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata, ini kerana siasatan masih lagi dijalankan terhadap syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek penternakan lembu tersebut berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam, dan belum ditutup.

"Ada kemungkinan (akan ada dakwaan baru)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Tambahnya, beliau sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara dalam siasatan tersebut dan akan menyerahkan kertas siasatan pihak polis apabila diperlukan.

Syed Azizan berkata demikian ketika mengulas berkenaan status siasatan pejabat NFCorp di Kazakhtan yang dilaporkan The Malaysian Insider dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, adalah pemilik NFCorp dan menguruskannya bersama-sama tiga anak mereka - Izmir, Izran and Izzana.

Pada 12 Mac, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan sejumlah RM49.7 juta yang digunakan untuk pembelian dua unit kondominium.

Salleh turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan lain yang melibatkan pelanggaran Akta Syarikat.

Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin oleh PKR menuduh Salleh dan keluarganya menggunakan RM250 juta dana awam yang diserahkan kepada mereka untuk kegunaan lain selain matlamat utama untuk membekalkan daging lembu dalam pasaran negara.

Ia termasuklah tuduhan pembelian kondominium mewah di Bangsar dan Singapura termasuk pembelian Mercedes-Benz CLS350 dan dua lot unit tanah di Putrajaya.

Berikutan skandal tersebut, Shahrizat kemudiannya meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat berkuatkuasa semalam selepas tempohnya sebagai tamat. Portfolio beliau itu kemudiannya digantikan oleh perdana menteri.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai Ketua Wanita Umno walaupun terdapatnya gesaan daripada kepimpinan parti termasuk bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suoaya beliau turut melepaskan jawatan berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun menegaskan Shahrizat tidak perlu meletak jawatan sebagai ketua sayap wanita parti kerana tiada bukti yang mensabitkan beliau terhadap kesalahan dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NFC mula menjadi perhatian selepas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mendedahkan projek berkenaan gagal mencapai sasarannya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.