Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHU AMAN DAN BERSIH SAMA-SAMA BOLEH FIKIR !

Selasa, 10 April 2012

Najib tidak janji kesemua 22 penambahbaikan sebelum PRU 13

Tarikh PRU 13 kekal menjadi rahsia peribadi Perdana Menteri Najib Razak, tanpa menjanjikan sama ada kesemua 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) sempat dilaksanakan sebelum PRU 13.

Najib menegaskan sebermulanya bahawa pilihan raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan adil, malah menekankan, "
We are all for clean and fair election."  Beliau berkata Barisan Nasional enggan dilihat menang atas asas pilihan raya yang dimanipulasikan, sebaliknya sempat menyindir sesetengah wakil rakyat yang tidak mengadu masalah pengendalian pilihan raya apabila dirinya menang dalam pilihan raya.  Najib mengulangi hujah bahawa pembangkang berjaya menawan lima negeri, dan PAS di Kelantan selama 22 tahun, sebagai bukti pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.


Ketika ditanya sama ada 22 syor penambahbaikan yang dicadangkan dan dibentangkan PSC pada 3 April lalu itu akan dilaksanakan, beliau sekadar menjawab, "Apa-apa yang boleh dilakukan, misalnya (penggunaan) dakwat kekal, kita akan (laksanakan) sebelum pilihan raya."

Najib Razak (gambar kanan) berkata sedemikian dalam satu wawancara di ntv7, pada jam 8.30 malam tadi, bersama dua orang pengacaranya, Owen Yap Khiam Hong dan Lee Siad Huey. 
 
 Wawancara selama 90 minit ini dikendalikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, sambil diterjemahkan kepada bahasa Mandarin oleh kedua-dua orang pengacara.  Ini kali pertama untuk Perdana Menteri Malaysia tampil dalam rancangan wawancara di stesen televisyen bahasa Cina.  22 Mac yang lalu, Najib tampil untuk ditemuramah di stesen radio 98.8.

Sebelum wawancara berakhir, pengacara Lee Siad Huey sekali lagi mencuba untuk mendapatkan "bayangan" daripada PM berhubung tarikh PRU 13, apabila menyebut bahawa rata-rata membaca keputusannya untuk merangkap jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Kemasyarakatan tanpa melantik menteri baru, sebagai isyarat PRU 13 sudah hampir.

Najib sebaliknya bertanya kepada pengacara, apakah tarikh yang diharapkan?  Sambil berseloroh pengacara Lee Siad Huey berkata bulan depan, dengan alasan ingin merancang "percutian".  Malah, Lee menambah bahawa ramai ibu bapa yang masih meragu-ragu untuk merancang percutian keluarganya pada Jun 2012, kerana khuatir terlepas pilihan raya.

Najib sebaliknya mengulangi jenaka "resepi coca-cola"-nya, bahawa tarikh PRU 13 ibarat resepi rahsia kepada BN, dan tidak akan didedahkan sehingga masa yang terbaik.  Ketika ditanya sama ada ibu bapa harus teruskan rancangan pelancongan mereka pada Jun ini, Najib berkata beliau tidak mampu untuk menghalang, sambil menambah mereka boleh melancong di kawasan yang berdekatan, seandainya takut bertembung dengan hari pengundian.
Bagaimanapun, pengacara tidak bertanya pendirian Najib dalam isu perhimpunan BERSIH 3.0 bersama Himpunan Hijau 3.0 yang bakal dijalankan pada 28 April 2012. UMNO dominan hanya kerana percepsi
 
Sebelum itu, Najib menjawab beberapa isu yang mencungkil keperihatinan masyarakat Cina, termasuk isu pendidikan Cina, tanah warisan Jalan Sultan dan sebagainya, sebelum diajukan soalan seperti Lynas, program transformasi, dasar perumahan, sokongan belia dan sebagainya.  Tiada pengumuman baru, Najib sekadar mengulangi kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.
 
Apabila ditanya pengacara, bahawa Presiden Chua Soi Lek dalam wawancara baru-baru ini mendakwa hasrat pengundi Cina sukar diramal,  Najib mengulangi bahawa dirinya mendapat sambutan yang semakin memberangsangkan, dengan interaksinya bersama masyarakat Cina.  Kemudian, apabila ditanya "UMNO dilihat mendominasi BN", Najib menyanggah kenyataan tersebut, berkata ia sekadar soal persepsi, barangkali disebabkan kerusi yang kurang oleh komponen parti yang lain, namun segala keputusan dibuat bersama.
 
Sebelum wawancara berakhir, Najib ditanya perkara yang paling menggembirakan dirinya sepanjang hayat politik, beliau menjawab beliau menikmati kepuasan apabila melihat masalah rakyat diselesaikan dengan bantuannya. Ditanya perkara yang paling menyedihkan, beliau mendakwa politik kotor (gutter politics) yang melempar tuduhan palsu dan fitnah terhadap dirinya.  Untuknya, persaingan politik harus berdasarkan persaingan agenda yang dibawa untuk negara.
Najib tidak lupa menyeru rakyat, terutama audiens Cina untuk membuang sikap "wait and see" (tunggu dan lihat), sebaliknya menyokong program Transformasi yang dibawa olehnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.