Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA KUMPUL HARTA UNTUK AKHIRAT

Isnin, 9 April 2012

Bila Artis Dan Sasterawan Sertai Pas

Aishah dan Bob Lokman bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia

KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.


Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.


Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.


Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (
gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.


Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.


Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.


"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.


Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kata bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV."Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.Hrkh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.