Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARLIMEN BUBAR SEBELUM 28 INI ??

Thursday, April 19, 2012


BERSIH 3.0 Batal: Najib akan bubar Parlimen akhir minggu ini



Bendera- bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat, spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak berapa lama lagi.

Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini.


Ahli Parlimen (AP) Sungai Siput itu berkata inilah masa yang betul bagi Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana adanya faktor yang menyokong BN. 

'Datuk Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu.

Dewan Rakyat kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menandakan berakhirnya ISA.

Datuk Seri Najib yakin beliau telah berjaya memikat hati rakyat dengan menawarkan sogokan wang tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.